KOTA BELUD 23 Ogos - Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk
Herbert Timbun Lagadan berkata rakyat Sabah seharusnya bijak menilai
sejarah dan latar belakang ketua pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang banyak menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan.
Beliau yang juga ketua bahagian PBS Kadamaian berkata Anwar bukan
sahaja gagal menunaikan janji 100 hari untuk memajukan Sabah dahulu,
tetapi beliau juga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu
mencapai agendanya untuk berkuasa.
"Inilah Anwar yang sanggup janji apa sahaja, dan kini beliau datang
ke Sabah dengan pelbagai janji baharu dengan harapan rakyat Sabah akan
terpikat," katanya dalam ucapan pada mesyuarat tahunan PBS bahagian itu,
yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan
Gopog Taginambur, dekat sini hari ini.
Herbert yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kedamaian berkata
semasa presiden PBS (Pairin) memperjuangkan peruntukan yang lebih besar
untuk Sabah pada suatu ketika dulu, Anwar yang merupakan Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu "menggelar" Pairin
sebagai antiKuala Lumpur dan anti persekutuan.-BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 22/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan