KUALA LUMPUR 10 Ogos - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas tindakan pembangkang yang
berterusan menyalahkan UMNO dan BN atas setiap kesalahan yang mereka
lakukan.
Katanya tindakan tersebut dilihat tidak lebih sebagai untuk menjaga
hubungan antara tiga parti - Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
"Inilah perangai (sebenar) PKR yang selalu hendak mencari salah orang
lain tetapi salah sendiri dibutakan. Ibarat pepatah Melayu,"Gajah di
depan mata mereka tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak","
katanya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata demikian kepada
pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan
susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan
B149, Kundang, dekat sini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Noh yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mengulas kenyataan ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa UMNO kini memulakan
kempen pelampau agama.
Laporan itu disiarkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Akhbar itu memetik pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa"amah
yang dilapor berkata adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong
DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta
pelaksanaan hukum hudud.
Abdullah berkata umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana
pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan
raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Dalam pada itu, Noh berkata Anwar kelihatan seperti takut untuk
menegur pengerusi DAP, Karpal Singh yang lantang menentang pelaksanaan
hukum hudud yang dihasratkan oleh PAS jika berjaya menawan Putrajaya. -
BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 10/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan