KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pembangkang akan terus 
menabur janji menggunung demi meraih sokongan rakyat meskipun 85 peratus
 janji-janji terdahulu masih belum ditunaikan.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad 
Zahid Md. Arip berkata, perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana 
sudah menjadi budaya pembangkang berbohong dan menabur janji kepada 
rakyat tanpa rasa bersalah.
"Saya yakin janji yang tidak tertunai sebelum ini akan dilaungkan 
semula pada pilihan raya umum akan datang, selain menabur janji baru 
yang tidak munasabah. Pakatan pembangkang tidak peduli untuk menunaikan 
janji dan tidak takut berbohong kepada rakyat.
"Mereka tidak rasa bersalah berbohong kepada rakyat, menabur janji 
secara lisan atau bertulis dan mengingkari janji-janji itu kerana budaya
 berbohong sudah menjadi amalan mereka sejak sekian lama," katanya 
ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad 
Zahid Hamidi yang menegaskan pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih 
85 peratus janji kepada rakyat yang ditabur mereka dalam manifesto 
Pilihan Raya Umum Ke-12.
Berdasarkan kajian, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan 
pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada 
keseluruhan janji yang dibuat.
Muhammad Zahid berkata, rakyat yang berfikiran waras diyakini akan 
membuat keputusan bijak menolak kepimpinan pakatan pembangkang yang 
tidak menepati janji.
Katanya, disebabkan itu juga, pembangkang berasa malu dengan tema 
Hari Kebangsaan iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kerana ia tidak 
menggambarkan apa yang dilakukan mereka selama ini.
"Pembangkang cukup takut slogan ini kerana mereka tidak mampu 
menunaikan janji. Misalnya, Pas di Kelantan biarpun selepas 22 tahun 
memerintah, masih belum mampu melaksanakan hukum hudud.
"Ketika pakatan pembangkang terkial-kial dalam memenuhi janji-janji 
mereka, Barisan Nasional (BN) sebaliknya berjaya memenuhi janji-janji 
kepada rakyat. Inilah perkara yang paling menggusarkan mereka," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 28/8/12  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan