KUALA LUMPUR 21 Ogos - Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin
Ghafar lebih merupakan liabiliti kepada UMNO dan juga bukannya satu aset
berguna kepada perjuangan Melayu di negara ini.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tidak
seperti bapa beliau, Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada UMNO dan
Melayu, Tamrin dilihat sebagai individu penuh kontroversi dan
oportunis.
"Ramai masih ingat ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam,
beliau tidak mempedulikan hal-hal kebajikan pengundi dan soal
pembangunan di kawasan Parlimen itu. Ini menyebabkan UMNO Bahagian
Batu Berendam meluluskan usul undi tidak percaya kepada Tamrin.
"Usul undi tidak percaya UMNO Bahagian kepada Ahli Parlimennya
sendiri bukanlah satu rekod politik yang baik," katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Tamrin keluar UMNO untuk menyertai Pas baru-baru ini.
Rahim berkata, Tamrin terus hidup dalam politik ketika itu kerana bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
/hwa: utusan.com.my | 22/8/21
Tiada ulasan:
Catat Ulasan