KUCHING 28 Sept. - Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang
menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang
ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak
mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.
"Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya.
"Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan
penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000
sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu.
Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu
Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi
pihak bapanya.
Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu
beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat.
Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman
syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa
tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.
Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan
diperkatakan media selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.
/hwa: utusan.com.my | 29/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan