Sebahagian kanak-kanak tadika seluruh
negeri Terengganu mengkhatam al-Quran di Stadium Tertutup Kompleks Sukan
Negeri, Gong Badak, semalam.
*****
KUALA TERENGGANU 23 Okt. - Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru ibu bapa agar tidak menyerahkan
tanggungjawab kepada guru semata-mata bagi mengasuh dan mendidik
anak-anak mereka dalam usaha menjadi generasi al-Quran.
Titah baginda, mereka mestilah bersama menanganinya dengan penuh
tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi dan kehidupan mulia dengan
merangsang minda anak-anak melalui aktiviti yang telah dimulakan oleh
para guru.
"Asas yang telah disemai oleh guru-guru perlu dipupuk dan disuburkan
lagi oleh ibu bapa agar kanak-kanak ini terus mekar membudaya tradisi
membaca al-Quran dalam kehidupan mereka," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah ucapan pada
Majlis Khatam Program Pintar al-Quran 2012 Kanak-kanak Tadika Negeri
Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat
sini hari ini.
Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan
Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah;
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan
Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah
Yayasan Islam Terengganu (YIT), Md. Kamarul Al-Amin Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan