SELAMA ini rakyat sudah tentu menyangka pemimpin pembangkang menaiki
kapal terbang Cessna yang bergegar di sana sini dari ekor sampai ke
muncung kapal terbang untuk ke mana-mana.
Namun pendedahan Utusan Malaysia baru-baru ini amat mengejutkan kerana pemimpin pembangkang juga hidup dalam kemewahan seolah-olah ahli perniagaan berjaya.
Turut berada dalam jet eksekutif tersebut ialah pemimpin wanita yang
lantang mengkritik isu Pusat Fidlot Kebangsaan hingga menyebabkan Ketua
Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai Menteri
Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Pemimpin
politik sepatutnya berfikir panjang sebelum menghamburkan kritikan pedas
berhubung sebarang isu melibatkan pemimpin negara. Jika menyewa jet
sehingga RM96,000 untuk dua hari bukan pembaziran melampau apakah yang
boleh disimpulkan dari perlakuan tersebut?
Dari mana datangnya dana puluhan ribu ringgit itu jika bukannya dari
tabung parti masing-masing. Adakah ia sumbangan peribadi penyokong
pembangkang mahupun tabung parti? Jika begitulah keadaannya, amat malang
sekali penyokong parti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
menyumbang dana dan infaq. Bayangkan duit hasil jualan meja peniaga dan
penyokong PKR dan infaq dari duit bawah bantal penoreh getah penyokong
Pas yang digunakan untuk membiayai kos menyewa jet eksekutif.
Lupakah pemimpin pembangkang bahawa perbuatan mereka menyewa
kenderaan mewah jelas menghina pengorbanan penyokong yang mahu duit
tersebut digunakan dengan berhemah bukannya untuk menyenangkan perut
pemimpin pembangkang dan kroni mereka.
Baru-baru ini pembangkang mengatakan mereka menyewa bas dua tingkat
untuk kegunaan membuat road show seluruh negara namun pendedahan terbaru
menunjukkan ia merupakan bas yang dibeli atas nama seorang pemimpin
pembangkang juga. Adakah budaya menipu sunat mahupun haram ini sudah
melekat dalam diri pemimpin pembangkang?
Apa yang lebih menyedihkan dalam komponen tersebut terdapat pemimpin
yang kononnya memperjuangkan Islam. Cukup-cukuplah menggunakan nama
Islam sebagai topeng perjuangan anda . Apa guna menang pilihan raya tapi
bersikap ular kepala dua. Di ekor pun ada kepala juga.
Rakyat Malaysia sudah pasti masih ingat apabila pemimpin pembangkang
sering mengkritik pemimpin kerajaan BN seolah-olah bukan mereka yang
membeli kereta Toyota Camry ratusan ribu ringgit dan cuba menganjurkan
majlis ulangtahun Yayasan Selangor dengan belanja hampir RM2juta. Lebih
malang pihak yang cuba membazir itu masih menjadi pengerusi yayasan
tersebut. Di mana ketelusan kerajaan PKR Selangor selama ini? Jangan
sampai harta benda Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tergadai
kepada bank sudahlah.
Kepada pemimpin pembangkang di negara ini bangkitlah dari terus
mempermainkan rakyat dengan kata-kata anda yang disiarkan di dunia
siber.
Justeru, kepada rakyat negara ini yang menganggap kesenangan dan
keamanan akan kekal selama-lamanya, sedarlah bahawa sikap pembangkang
yang membazir ini menjadi taruhan untuk mereka memilih mereka sebagai
wakil di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Jika kita mendengar
ceramah pembangkang, semua yang kerajaan BN buat membazir dan apa yang
mereka buat adalah yang terbaik.
Dulu pusat pentadbiran Putrajaya pun dikatakan membazir, namun hari
ini siapa yang hendak merebutnya hingga berlambak fitnah dihamburkan
kepada BN, seolah-olah semua perkara dilakukan BN tidak cocok dengan
jiwa Islamik dan liberal mereka. Ayuh tolak pemimpin hipokrit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan