SETAKAT ini, Malaysiakini masih enggan memohon maaf kepada rakyat
negara ini atas penglibatan beberapa pihak asing membiayai portal
propembangkang itu.
Walaupun sudah ada bukti jelas operasinya dibiayai oleh organisasi
luar termasuk penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Malaysiakini
bagaikan seronok seolah-olah apa yang berlaku itu sesuatu yang mulia.
Sampai hari ini juga portal tersebut seperti mahu menghina diri
dengan terus menjual slogan kononnya ia mengamalkan kebebasan media
sedangkan realitinya - tidak sama sekali. Malaysiakini dan Suaram
baru-baru ini telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa menerima dana
asing yang konsisten. Maka persoalan mengapa kedua-duanya menyokong
pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan secara keterlaluan, sudah
diketahui motifnya. Ia dilihat sebahagian daripada gerakan untuk
menumbangkan kerajaan termasuk menerusi perhimpunan haram ganas yang
dipromosi secara luar biasa oleh Malaysiakini.
Dalam pada itu, Awang hanya senyum apabila Malaysiakini mengalihkan
isu kepada pertemuan antara Soros dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak
dan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.
Kenapalah portal itu kabur sangat. Pertemuan Soros dengan kedua-dua
tokoh negara itu adalah isu lain dan tiada kaitan sama sekali dengan
soal menerima dana asing sebagaimana perbuatan Malaysiakini.
Awang harap Malaysiakini faham bahawa isunya bukan setakat dana asing
dan kemungkinan wang kotor tetapi lebih daripada itu, ia soal
kedaulatan negara. Dunia tahu bahawa Soros melalui yayasannya dan
beberapa pertubuhan lain, membiayai banyak organisasi media di seluruh
dunia. Sebagai balasan, media berkenaan mesti mengikut percaturan dan
agenda mereka.
Lalu apa yang ditegaskan oleh Mahathir adalah berasas iaitu undi
pembangkang bermakna undi kepada usaha Soros untuk menjajah Malaysia.
Awang ingin menambah sedikit. Begitu jugalah setiap kali menyebut nama
Malaysiakini, tergambarlah terus wajah Soros.
Awang Selamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan