Mukadimah
Sejak akhir-akhir ini hubungan di antara DAP
dan Pas telah dipertikaikan termasuk dalam kalangan pemimpin dan ahli
Pas sendiri. Mereka melihat Pas seolah-olah tunduk kepada DAP.
Manakan tidak, hasrat Pas untuk menegakkan negara Islam mendapat
tentangan kuat daripada pemimpin DAP meskipun kedua-dua parti menjalin
hubungan dalam satu pakatan.
Senario terbaru adalah ketika umat Islam tidak kira ahli Pas atau UMNO lantang menentang penghinaan oleh masyarakat luar terhadap Nabi Muhammad SAW, ada pula pemimpin DAP tampil mempersoalkan tindakan tersebut.
Disebabkan tindakan DAP itu dan beberapa lagi yang mempersoalkan orang Islam sebelum ini, terdetik kesedaran kalangan pemimpin Pas termasuk di peringkat akar umbi bahawa kerjasama yang terjalin perlu diakhiri demi kepentingan umat Islam.
Namun seperti biasa, 'suara keramat' Pas terutama daripada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa menjadi penghalang kepada hasrat itu apabila beliau terus mempertahankan DAP sebagai sahabat Pas yang tidak pernah menyusahkan parti itu.
Wartawan Mingguan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan RODELIO JUNJUN TAUCAN bersama jurugambar, AIZZUL A. MAJID mengambil kesempatan menemu bual dua tokoh agama dari Kelantan iaitu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berhubung senario semasa itu yang membuatkan dasar-dasar Pas sekarang tidak ternampak lagi seperti dulu.
Senario terbaru adalah ketika umat Islam tidak kira ahli Pas atau UMNO lantang menentang penghinaan oleh masyarakat luar terhadap Nabi Muhammad SAW, ada pula pemimpin DAP tampil mempersoalkan tindakan tersebut.
Disebabkan tindakan DAP itu dan beberapa lagi yang mempersoalkan orang Islam sebelum ini, terdetik kesedaran kalangan pemimpin Pas termasuk di peringkat akar umbi bahawa kerjasama yang terjalin perlu diakhiri demi kepentingan umat Islam.
Namun seperti biasa, 'suara keramat' Pas terutama daripada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa menjadi penghalang kepada hasrat itu apabila beliau terus mempertahankan DAP sebagai sahabat Pas yang tidak pernah menyusahkan parti itu.
Wartawan Mingguan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan RODELIO JUNJUN TAUCAN bersama jurugambar, AIZZUL A. MAJID mengambil kesempatan menemu bual dua tokoh agama dari Kelantan iaitu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berhubung senario semasa itu yang membuatkan dasar-dasar Pas sekarang tidak ternampak lagi seperti dulu.
MINGGUAN: Sejak akhir-akhir ini banyak masalah yang timbul
membabitkan agama Islam malah ada bukan Islam berani mempertikaikan
tindakan umat Islam. Apa pandangan tentang hubungan di antara Pas dan
DAP?
ABDULLAH: Berkaitan dengan tahaluf Pas dengan DAP, kita semua maklum
di Parlimen wakil DAP ada 29, wakil Pas hanya 23, maksudnya DAP lebih
berkuasa dan kita semua tahu dasar perjuangan DAP dan pendirian tegas
mereka menolak negara Islam.
Selepas merujuk kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab,
saya berpendapat tahaluf DAP dan Pas tidak diharuskan kerana apabila
orang kafir menguasai orang Islam maka ia akan mendatangkan mudarat
kepada orang Islam, hak-hak keistimewaan Islam, raja-raja dan
ketua-ketua negara Islam. Berdasarkan perkara ini ia tidak boleh sama
sekali.
MOHD. NOOR: Hubungan Pas dengan DAP adalah satu kerjasama politik
yang bercanggah dengan siasah syariah dalam Islam. Islam ada politik,
politik merupakan tugas manusia di muka bumi ini dalam erti kata kita
mencari kuasa dan mentadbir sesebuah masyarakat.
Jadi apabila Pas bekerjasama dengan DAP sedangkan kerajaan yang ada
sekarang kerajaan Islam, apabila Malaysia sebuah negara Islam maka
mana-mana pihak sama ada dalam atau luar negara yang cuba menjatuhkan
negara Islam ini bererti ia adalah musuh kepada negara Islam itu. Jadi
kita nampak sekarang ini Pas menjadi musuh kepada Malaysia sehingga
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap masa memfitnahkan kerajaan UMNO
kononnya tolak Islam.
Apakah Pas sekarang sudah tidak yakin dengan perjuangannya untuk
menubuhkan sebuah negara Islam sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP
yang jelas amat berbeza dasarnya?
ABUDLLAH: Memang Pas tidak yakin kalau bersendirian kerana sudah
lebih 30 tahun mereka mencuba tetapi tidak boleh pergi tetapi bila
mencuba dengan DAP nampak bergerak, tetapi sebenarnya yang bergerak
ialah DAP bukan Pas. Ini yang mendukacitakan kita, DAP sudah ke depan
tetapi Pas masih di tempat yang sama, di Kelantan dan Kedah.
Itu yang saya katakan Mursyidul Am Pas keliru kerana fikir bertahaluf
dengan DAP mereka berjaya mendapatkan kuasa sedangkan kalau DAP
berkuasa saya pasti Pas tidak boleh berbuat apa-apa, kalau ini terjadi
hancur orang Melayu dan Islam.
MOHD. NOOR : Bukan setakat itu malah orang Pas ini dia sudah terasa
bahawa mereka sudah tidak ada taring untuk menentang UMNO tetapi oleh
kerana sifatnya yang degil maka mereka dihasut oleh 'syaitan' supaya
meruntuhkan sebuah negara Islam.
Kita tahu syaitan itu adalah yang membelakangi ajaran Allah. Jadi
syaitan jin dan manusia ini sama-sama mahu melagakan orang Islam. Allah
SWT berfirman sesungguhnya hanya syaitan sahajalah yang melaga-lagakan
antara orang Islam supaya bermusuh sesama sendiri jadi ini juga berlaku
di mana-mana di dunia ini.
Pas dilihat gagal memainkan peranan menegakkan Islam di negeri yang
dikuasai bahkan usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali
untuk menghapuskan arak, mencegah murtad dan judi dipandang negatif oleh
pemimpin Pas sendiri sehinggakan beliau dipecat daripada parti. Jadi
apakah peranan Pas sekarang?
ABDULLAH: Pas sekarang tidak lebih sekadar 'pak turut', memang Pas
tidak ada kuasa satu pun, Pas tidak ada daya upaya melainkan semata-mata
tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pemimpin Pas mati
'kalam' dan percakapan.
Contohnya, Pas di Pulau Pinang tidak diambil pun untuk dijadikan Exco
kerajaan negeri, mereka tidak boleh bercakap apa-apa tetapi sebaliknya
di Kedah, hanya seorang wakil rakyat DAP berbanding berpuluh wakil
rakyat Pas tetapi Pas terpaksa tunduk dengan desakan DAP. Begitu juga
apabila Datuk Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa bercakap mereka
dipandang serong, malah tindakan tegas telah diambil terhadap Hassan.
MOHD. NOOR: Ini semua berlaku kerana Pas sekarang cuma berusaha
hendak bersama-sama mengejar nafsu ke Putrajaya. Mungkin dia ada
dijanjikan oleh PKR dan DAP dengan kerusi-kerusi tertentu.
Sudah terbukti bahawa mereka sanggup meninggalkan segala-galanya
sehingga pemimpin sendiri dipecat kerana tidak memberi saham ke
Putrajaya kepada mereka.
Banyak pihak melihat Pas lebih mementingkan kuasa pada masa sekarang
berbanding perjuangan asalnya untuk menegakkan sebuah negara Islam.
ABDULLAH: Kuasa Kerajaan Pusat dan Negeri lebih kurang sama, kalau
negeri pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor pun Pas
tidak boleh buat apa, apatah lagi sekiranya mereka mengambil alih
Parlimen.
Ini kerana Pas hanya parti ketiga dalam pakatan. Kalau mereka kata
apabila berkuasa baru dapat tegakkan Islam, ini adalah satu penipuan
kepada rakyat. Umpama menegakkan benang basah, sampai bila-bila pun
tidak dapat ditegakkan, ini satu penipuan.
MOHD. NOOR: Itulah yang saya katakan mereka sekarang berkiblatkan
Putrajaya. Katalah apa pun tetapi Nik Aziz tetap akan mempertahankan
kerjasama dengan DAP walaupun orang lain nampak perkara buruk tetapi
bagi beliau semuanya indah dan cantik.
Maka orang lain tidak boleh berkata apa-apa apabila pemimpin seperti
ini sudah bertekad untuk ke Putrajaya tanpa memikirkan kesannya kepada
orang Islam dan ahli-ahli mereka sendiri.
Apakah benar DAP tidak mengganggu Pas dalam semua aspek termasuk dasar serta pentadbiran di negeri-negeri pakatan pembangkang?
ABDULLAH: Beberapa tahun lepas Pas dalam mesyuarat agungnya di Pusat
Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) membuat keputusan melantik Nik Aziz
menjadi Musyidul Am pakatan pembangkang.
Maka apa kata DAP terhadap Nik Aziz, partinya tidak ada jawatan
tersebut begitu juga dengan PKR. Itu cara mencalarkan dan mengaibkan Nik
Aziz dan Pas kerana Pas sudah membuat keputusan untuk meletakkan Nik
Aziz, tiba-tiba mereka halang, ini perkara yang amat besar, kalau Nik
Aziz tidak ada kuasa dalam pakatan, maknanya Pas tidak ada kuasa dalam
pakatan.
MOHD. NOOR: Itu hanyalah auta atau helah. Padahal DAP lah yang
menyebabkan Hassan Ali dipecat. Memang ini kerana desakan DAP. Sama
seperti perarakan Maulidur Rasul, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng tidak mahu ia diadakan dan Nik Aziz pun sokong seolah-olahnya tidak
lagi memuliakan nabi.
Akhir-akhir ini banyak desakan daripada akar umbi Pas sendiri dalam
soal hubungan dengan DAP tetapi kenapa pemimpin parti menutup telinga
dan masih mahu bersahabat dengan DAP?
ABDULLAH: Ini disebabkan mereka terlalu gilakan kuasa. Sehinggakan sanggup menggadaikan dasarnya.
Dengan apa yang berlaku hari ini, orang menghina dan menjatuhkan
Islam, Nik Aziz kata tidak ada apa, ini kerana Nik Aziz sudah bacul dan
pengecut, dia keliru dan mengelirukan orang, terlalu banyak DAP menghina
dan menjejaskan Pas, terlalu banyak.
MOHD NOOR: Saya yakin Pas sudah menelan umpan DAP terutama Nik Aziz.
Apakah tindakan Nik Aziz terus mempertahankan hubungan Pas-DAP ini semua kerana dendam terhadap BN?
ABDULLAH: Ini bukan soal berdendam tetapi sebenarnya beliau mahu
membawa fahamannya yang berbeza kepada umat Islam di negara ini.
Sebagai contoh disebabkan beliau tidak bersetuju dengan penganjuran
Maulidur Rasul, beliau jatuhkan hukum wajib bekerjasama dengan Pengerusi
Bersih, S. Ambiga. Tindakan seperti ini yang mengelirukan rakyat.
MOHD. NOOR: Dendam itu memang ada tetapi saya lebih percaya kerana
mereka sudah termakan hasutan. Dendam pun tidak membara kalau tidak
dihasut.
Nik Aziz menyebut bahawa tidak ada kemenangan yang tidak menumpang
malah nabi ketika sampai di Madinah pun mengadakan perjanjian dengan
Yahudi. Apakah ini selari dengan ajaran Islam?
ABDULLAH: Betul Nik Aziz kata tidak ada satu kejayaan atau kemenangan
kalau tidak menumpang, saya bersetuju, nombor satu tumpang Allah dan di
antara kita sesama makhluk kena ada tumpang menumpang.
Soalnya apakah kerjasama Nabi Muhammad SAW dengan Yahudi sama seperti
kerjasama Pas dengan DAP. Kalau perjanjian macam Nik Aziz buat ini,
nabi perangkan dan hancurkan Pas kerana ini menghancurkan orang Islam.
Cara ini mirip kepada puak Khawarij.
MOHD. NOOR: Ini kesilapan kefahaman Nik Aziz setelah dia tersasul
dengan politik ahzab. Politik ahzab ini maknanya gabungan antara parti
untuk menentang peperangan Islam. Jadi ahzab itu turut disokong oleh
bapa munafik iaitu Abdullah Ubai. Macam Pas sekarang, dia sudah menganut
politik ahzab setelah bergabung dengan PKR dan DAP untuk meruntuhkan
kerajaan Islam di Malaysia hari ini.
Nabi buat perjanjian sebagai pemimpin Islam. Perjanjian ini adalah
strategi dan langkah-langkah untuk tegakkan negara Islam dan kerajaan
Malaysia sekarang adalah kerajaan Islam. Jadi dulu perjanjian itu untuk
menegakkan kerajaan Islam tetapi Pas ini buat pakatan untuk meruntuhkan
kerajaan Islam.
Kenapa masih ada yang menyokong Pas sedangkan terlalu banyak kelemahannya?
ADBULLAH: Ini disebabkan mereka disogokkan syurga dan neraka sejak
berpuluh tahun lalu. Ajaran ini dipasak ke dalam minda rakyat sejak
berpuluh tahun lalu sehingga menyebabkan rakyat termakan.
Sebagai contoh, mereka meletakkan gelaran Tuan Guru kepada pemimpin
utama untuk mempengaruhi rakyat dan termakan dengan perjuangan palsu
yang dibawa mereka.
MOHD. NOOR: Di Malaysia hari ini ramai orang menyokong parti Islam
kerana tertipu dengan slogan 'parti Islam', bagi saya yang berpengalaman
dalam Pas sejak kecil sampai umur 40 tahun, kononnya inilah
satu-satunya parti yang menegakkan agama Islam. Tetapi sebenarnya bila
kita melihat kepada Perlembagaan UMNO dan Persekutuan, kita tahu
rupa-rupanya Pas berbohong bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ahli Pas menganggap perjuangan mereka adalah jihad sedangkan ia
sebenarnya salah di sisi agama kerana kerajaan itu adalah kerajaan Islam
yang membawa perpaduan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan