PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sempat beramah mesra dengan sebahagian daripada 260 orang penjaja
selepas sesi bergambar kenangan bersama mereka pada majlis Jamuan Makan
Tengahari Bersama Penjaja Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan di
Seri Perdana di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
*****
Perdana Menteri meluangkan masa menghadiri dan berucap pada majlis jamuan tengah hari dengan 260 anggota komuniti penjaja itu sebelum ke ibu negara untuk pelancaran inisiatif Peluang Perniagaan Inovasi oleh Agensi Inovasi Malaysia di bangunan Parlimen.
Beliau berkata, ketika di Filipina, beliau menerima layanan cukup istimewa kerajaan negara itu kerana Malaysia dilihat berjaya menjalankan peranan besar lagi penting, untuk mendamaikan kawasan di selatan Filipina.
“Ketika ini imej Malaysia amat baik di Filipina, yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang bekerja keras bagi meningkatkan lagi imej negara di peringkat antarabangsa, mahupun serantau,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua Sarawak yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh, dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk James Chan Khay Syn. - BERNAMA
/hwa: bharian.com.my | 17/10/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan