KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah
kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada
rakyat.
Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang
disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri
janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.
Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati
digunakan secara meluas oleh parti itu.
"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia
pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan
pada kemampuan kita.
"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat
oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis
Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan
lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.
Menurut Najib, Sabah amat unik dan mencerminkan gagasan 1Malaysia
kerana walaupun mempunyai berpuluh jenis etnik, mereka masih mampu hidup
dengan aman dan harmoni.
"Atas semangat 1Malaysia itulah, kita berjanji akan mengangkat Sabah
menjadi lebih maju lagi. Jika sokong BN, Sabah akan terus membangun, ini
janji kita dan ia akan ditepati," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan