Chan Ah Chye, Mohamad Johari
*****
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim didesak memberi penjelasan tentang hubungan istimewa beliau
dengan Talam Corporation Bhd. (Talam) dan Pengerusinya, Tan Sri Chan Ah
Chye.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari
Yasin berkata, penjelasan tersebut perlu dibuat kerana beberapa tindak
tanduk Abdul Khalid mustahil dapat dilakukan tanpa pertimbangan
istimewa.
Transaksi pembelian tanah-tanah itu cukup menimbulkan keraguan
munasabah. Bagaimana hartanah yang dinilai sebanyak RM95 juta dibayar
pada harga RM391.986 juta?
Apa istimewanya Ah Chye kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau
tiada hubungan istimewa, perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hartanah Talam yang didakwa dibeli lebih empat kali ganda berbanding harga pasaran RM90 juta.
Berikutan itu, Mohamad Johari mencabar Abdul Khalid supaya memperinci
transaksi tersebut seperti yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia
(JMM).
Mohamad Johari yang turut mempersoalkan kewibawaan Abdul Khalid dalam
meluluskan transaksi tersebut tidak menolak Menteri Besar itu mahupun
PKR mungkin mendapat sesuatu.
Perkara ini bukan mustahil bagi Abdul Khalid dan PKR demi politik mereka," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad Johari berkata, jika Abdul Khalid boleh
memberi bantuan istimewa kepada Talam, Menteri Besar Selangor itu juga
didesak membantu golongan miskin dan pembeli yang tidak mampu melunaskan
hutang rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti bantuan yang
dinikmati Ah Chye.
Tetapi, untuk memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan yang
adil seperti Ah Chye yang kaya-raya itu, saya cabar Khalid membantu
membeli hartanah itu dengan nilai empat kali ganda berbanding harga
pasaran, sama pengambilalihan tanah-tanah Talam.
Itu baru adil kerana rakyat miskin memang berhak dan layak untuk dibantu oleh Kerajaan Selangor dan Khalid," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan