NAIK jet mewah, tapi air percuma pun tak bagi,” kata Datuk Ismail
Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menempelak tindakan Azmin Ali (PKR-Gombak)
yang cuba menjaja Projek Lebuhraya Pan Borneo dari Kuching ke Kota
Kinabalu oleh Pakatan Rakyat (PR).
Tindakan Ismail itu sebagai respons soalan tambahan kedua
dibangkitkan Azmin mengenai Belanjawan 2013 dibentangkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu sekali gus menyebabkan
Dewan Rakyat riuh seketika.
Usaha Azmin ‘menjaja’ Belanjawan Alternatif 2013 dengan menunjukkan Buku Jingga dihasilkan PR baru-baru ini membangkitkan rasa kurang selesa di kalangan penyokong kerajaan kerana menganggapnya tidak sesuai untuk sesi jawapan lisan.
Rentetan itu, kedengaran suara ahli dewan mengkritik soalan berkenaan
dengan spontan menyebut: ‘Ini soalan ke bahas? Menyeleweng (merujuk
soalan tambahan Azmin).’ “Dalam Bajet dibentangkan Perdana Menteri, saya
dimaklumkan teman-teman dan Ahli Yang Berhormat dari Sabah, Perdana
Menteri menyebut mengenai Sabah lima kali. Itupun tidak membabitkan
projek yang memberi impak besar.
“Dalam belanjawan dibentangkan PR, kami nak bina Lebuhraya Pan Borneo dari Kuching ke Kota Kinabalu yang akan menyelesaikan masalah dibangkitkan,” kata Azmin bertanyakan soalan tambahan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menyifatkan soalan Azmin menyimpang jauh dari soalan asal dibangkitkan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
“Ini sudah jauh dari soalan asal. Kita bincang dan bahas serta boleh
timbulkan. Bukan dalam soalan ini. Harap Yang Berhormat bawa dalam
perbahasan bajet,” katanya.
/hwa: hmetro.com.my | 1/10/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan