18 Disember 2012

Najib ucap tahniah kepada Abe menang pilihan raya

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepad Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Shinzo Abe atas kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum Jepun pada Ahad.
"Tahniah kepada Shinzo Abe atas kemenangan beliau. Jepun ialah rakan Malaysia yang hebat dan saya tahu persahabatan ini akan terus terjalin dalam tahun-tahun akan datang," kata Najib dalam laman Twitternya.
Abe, 58, yang kali terakhir memimpin Jepun pada 2006 dan meletak jawatan setahun kemudian pada 2007, kemungkinan besar akan dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun - yang ketujuh dalam jangka masa enam tahun - pada sidang khas Parlimen, 26 Disember ini. - BERNAMA

Tiada ulasan: