Najib dan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh
melawat runtuhan pejabat kerajaan dibom tentera Israel di Bandaraya Gaza,
semalam. - Foto AP
*****
Malaysia tawar bantuan satukan Hamas, Fatah
Malaysia semalam menawarkan bantuan untuk menjayakan pelan perdamaian antara pergerakan Hamas dengan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.
Malaysia semalam menawarkan bantuan untuk menjayakan pelan perdamaian antara pergerakan Hamas dengan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.
Tawaran itu disampaikan Datuk Seri Najib Razak yang
menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin
dalam lawatan sehari beliau ke wilayah bergolak itu.
Pendirian kita ke arah penyelesaian terhadap konflik
yang penuh kezaliman ini amat jelas. Kita mahu melihat sebuah negara Palestin
merdeka dan penyatuan rakyatnya yang menikmati keamanan," Najib Razak,
Perdana Menteri
Sokong usaha damai Najib berkata, Malaysia menyokong sebarang usaha perdamaian kerana yakin hanya penyatuan dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran.
“Jika diperlukan, Malaysia sebagai sahabat rakyat Palestin, sedia membantu menjayakan pelan perdamaian dalam apa cara yang boleh kita lakukan,” katanya berucap pada majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Quds.
Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin, jam 10.40 pagi (waktu tempatan) atau jam 4.40 petang waktu Malaysia.
/hwa: bharian.com.my | 23/1/13

Tiada ulasan:
Catat Ulasan