IPOH 30 Jan. - Ketika seluruh negara bersimpati
dengan insiden malang yang menimpa William Yau Zhen Zhong, 6, parti
pembangkang pula terus mempolitikkan isu tersebut sehingga pada tahap
dilihat menghina kematian kanak-kanak malang itu.
Sebuah portal berita propembangkang, Malaysia Chronicle dalam
satu artikelnya semalam menggunakan ayat dari kitab Matius 24:28 yang
bermaksud 'di mana ada bangkai, di situ burung-burung hering akan
berkumpul' bagi memperlekehkan belas kasihan pemimpin Barisan Nasional
(BN) terhadap William.
Malah perasaan simpati yang ditunjukkan pemimpin BN digambarkan
sebagai mengambil kesempatan meraih keuntungan politik dan menyalahkan
kerajaan atas kematian tersebut.
Artikel itu kemudiannya dikongsi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitternya berbunyi:
The Carcass Gatherers: BN politicians rush to cash in on William's death (Himpunan bangkai: Ahli-ahli politik BN berkejar raih keuntungan politik atas kematian William)."
Pemimpin Pas itu turut berkongsi pautan artikel berkenaan dalam laman sosial tersebut.
Tindakan Mohammad Nizar itu bagaimanapun dibidas seorang pengikut
beliau yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertamadun.
"Showing sympathy is bad? You call William's remains a carcass. Uncivilized.
(Tunjukkan simpati itu tidak baik? Kamu kata mayat William bangkai.
Tidak bertamadun)," kata Rais Hussin seperti dipetik daripada akaun
Twitter Mohammad Nizar.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
ketika mengulas mengenai kenyataan Mohammad Nizar itu berkata, walaupun
pemimpin Pas berkenaan berkongsi pautan portal tersebut, beliau
sepatutnya perlu lebih sensitif terhadap perasaan keluarga William.
Zambry turut mempersoalkan adakah tindakan pemimpin BN melahirkan
rasa simpati terhadap keluarga William dianggap sebagai sesuatu yang
amat teruk.
"Ini amat keterlaluan kepada keluarga mangsa. Adakah kita tidak ada
jiwa kemanusiaan langsung. Kalau ikut cara dia, seolah-olah tidak ada
rasa simpati, tidak kira sama ada anda pembangkang atau kerajaan, kita
semua manusia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zambry, beliau tidak hairan dengan tindakan terbaharu
Mohammad Nizar itu kerana pemimpin Pas berkenaan sememangnya merupakan
seorang yang pelik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan