Mohd. Shafie Apdal berbual bersama dengan para pemimpin tempatan di Lahad Datu, Sabah, semalam.
*****
Katanya, pembangkang sepatutnya mencermin diri dahulu sebelum membuat tuduhan itu kerana banyak janji mereka kepada rakyat sebelum ini tidak ditunaikan termasuk di negeri yang ditadbir mereka.
"Kita bantu rakyat, tetapi kita dituduh sebagai jahat. Saya ingin tanya adakah mereka yang hanya tahu bercakap dan langsung tidak berbuat apa-apa kepada rakyat itu adalah lebih baik?
"Jangan ukur manusia itu daripada petahnya bercakap, tapi nilai daripada perbuatannya," katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat di sini, hari ini.
Dalam majlis itu, Mohd. Shafie yang mewakili etnik Suluk dan Bajau menghulurkan bantuan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Wira Negara Lahad Datu.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Shafie menggesa ketua-ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan masyarakat yang diwakili mereka supaya berundur secara terhormat.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, mereka turut memikul tanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan negara.
Menurut beliau, sekiranya semua pihak kuat dan bersatu padu, musuh atau sebarang anasir jahat seperti kumpulan pengganas Kiram tidak berani menceroboh negeri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan