26 April 2013

Karpal jatuh tersembam

KARPAL Singh di angkat ke atas pentas bagi memulakan ceramah DAP di Jalan York, Dato Keramat, Pulau Pinang, semalam. 
*****
PULAU PINANG 24 April - Malang tidak berbau. Pengerusi DAP, Karpal Singh jatuh tersembam dari kerusi rodanya semasa hadir untuk berceramah di Taman Jajar, Jalan York di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Karpal yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor sedang diangkat oleh para pembantunya untuk naik ke atas pentas.
Mungkin akibat hilang kawalan badan, beliau tersungkur dan tersembam ke atas pentas sebelum diangkat semula oleh pembantunya.
Bagaimanapun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dapat meneruskan ceramahnya selepas itu.

Tiada ulasan: