25 April 2013

PRU-13: Transformasi Najib digeruni pembangkang - TPM

ORANG ramai kelihatan gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan Muhyiddin Yassin yang tiba ke Majlis Perasmian Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar, Parit hari ini. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN
*****
PARIT 24 April - Penerimaan luar biasa rakyat terhadap pelbagai program transformasi yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mengundang rasa gerun pembangkang sehingga mereka sanggup melemparkan pelbagai tohmahan semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan kerja keras Perdana Menteri selama empat tahun memegang tampuk kerajaan, tiada sebab kenapa rakyat tidak memberi mandat kepada beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Ini kali pertama Datuk Seri Najib mohon mandat, sebelum ini (mandat) bukan diberi kepada beliau tetapi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini kali pertama Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) memohon mandat daripada rakyat jelata.
"Bagi saya, sewajarnya diberikan mandat sebab kita tahu beliau bekerja keras dan fokus beliau terhadap pelbagai aspek pembangunan masyarakat agak luar biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah bernilai RM8.28 juta di Seri Iskandar, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: