7 April 2013

Shahrizat minta penjelasan

Shahrizat Abdul Jalil menunjukkan satu keratan akhbar membabitkan isu yang dibangkitkan pada sidang akhbar di Menara Datuk Onn, semalam. - BERNAMA 
*****
KUALA LUMPUR 5 April - Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim diminta menjelaskan maksud sebenar dakwaannya bahawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mahu menukar National Feedlot Corporation (NFC) kepada National Fish Corporation.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penjelasan itu penting kerana beliau dan keluarganya selama ini menjadi mangsa fitnah dan tohmahan Rafizi berhubung penglibatannya dengan syarikat tersebut.
Menurutnya, dakwaan itu sekali gus memberi gambaran bahawa tuduhan Rafizi yang dilemparkan kepada beliau dan keluarganya merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya,
"Sebagai orang yang pernah rapat dengan Rafizi, maka saya meminta Zamil menjelaskan dakwaan beliau kerana saya mempunyai local standi untuk mengetahui perkara itu memandangkan nama saya diheret dalam isu ini.
"Adakah Rafizi sememangnya atau mungkin bersama-sama kumpulan yang suka membela ikan?'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Zamil dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini meminta Rafizi mengesahkan sama ada benar tindakannya untuk menukar nama NFC itu kerana ramai yang mendakwa Rafizi mempunyai minat luar biasa terhadap anak ikan berbanding lembu.
Sementara itu, Zamil ketika dihubungi menjelaskan, isu tersebut seharusnya diperjelaskan sendiri oleh Rafizi berhubung 'minat' terbaharunya yang lebih gemar membawa 'anak ikan' ke kondominium berbanding lembu.
"Jadi elok ditanya sahaja kepada Rafizi betulkah dia suka anak ikan daripada lembu. Setahu saya jika pakatan pembangkang menang, NFC akan ditukar nama kepada National Fish Corporation.
"Saya yakin mereka yang rapat dengan Rafizi tahu tentang perkara ini dan saya percaya Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberi sokongan moral kepadanya untuk membela anak ikan,'' katanya.

Tiada ulasan: