13 Mei 2013

BISIK - BISIK AWANG SELAMAT: Hantu dan Ferguson

Hantu dan Ferguson
KELANTAN telah bertukar teraju kepimpinan. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas menyandang jawatan itu selama 23 tahun.
Orang yang paling berharap untuk menggantikan Nik Aziz, Husam Musa ternyata kecewa apabila jawatan itu diserahkan kepada Ahmad Yaakob. Lalu beliau melancarkan kritikan terhadap Ahmad termasuk menuduhnya menggunakan media arus perdana terutama TV3 yang dilabelnya sebagai hantu.
Bagaimanapun majoriti rakyat Kelantan ternyata lebih suka dan lega dengan pelantikan Ahmad berbanding Husam.
Awang setuju kerana banyak isu yang dikaitkan dengan Husam menyebabkan rakyat tidak senang. Dengan kata lain, Kelantan terselamat daripada hantu sebenar untuk memimpin mereka.
Seperkara lagi, rakyat Kelantan juga tidak teruja untuk bercakap tentang Nik Aziz, 72, apalagi untuk bersedih biarpun ramai yang diketahui taksub dengan Pas. Buktinya Pas kekal memerintah.
Awang percaya antara lain kerana imej tok guru yang sememangnya merudum. Ramai orang Kelantan lebih ghairah bercakap tentang persaraan pengurus Manchester United, Alex Ferguson, 71, berbanding Nik Aziz. Nasib tok guru.

Tiada ulasan: