Tabik Taib
AWANG ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) atas kejayaan besar BN negeri itu pada PRU-13.
BN Sarawak memperoleh kemenangan 25 kerusi Parlimen termasuk semua 14 kerusi yang ditandingi PBB, menjadikannya parti komponen terbesar meraih kejayaan selepas UMNO. Ia sudah tentu amat signifikan kepada prestasi keseluruhan BN.
Awang tabik Taib. Di sebalik gelombang serangan dan tohmahan pembangkang, Taib tidak goyah malah telah dapat melonjakkan rakyat Sarawak untuk terus menyokong BN melalui kepimpinannya.
Taib mengajar kita tentang sesuatu. Lama menyandang jawatan bukan isu jika ada kelebihan dari segi merit. Sekali lagi, beliau telah membuktikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan