Anggota RELA yang hadir memberi sokongan padu kepada kepemimpinan Najib di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
*****
Najib disambut meriah pada majlis penyampaian Anugerah Desa
Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan Kuala
Terengganu, semalam
*****
Kuala Terengganu: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat memikirkan
soal keselamatan dan kedaulatan negara sebelum membuat keputusan
memilih parti untuk memerintah negara selepas pilihan raya umum Ahad
ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana dua isu berkenaan amat penting dan menjadi teras utama bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasar pembangunan untuk rakyat.

Tak boleh diperlekeh
Beliau menegaskan ia tidak seharusnya dipandang remeh atau
diperlekeh walaupun negara sudah bebas daripada ancaman musuh sejak
merdeka.
“Soal keselamatan, kedaulatan amat penting, ..ia ibu kepada segala-galanya kerana tanpa keselamatan, semuanya tidak mungkin dapat dilakukan,” katanya pada majlis bersama RELA Terengganu yang dihadiri kira-kira 5,000 anggota dari seluruh Terengganu, di Taman Tamadun Islam di sini, semalam.
Najib berkata, insiden di Lahad Datu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memandang remeh soal kedaulatan negara walaupun ada pihak cuba menafikan usaha pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara daripada musuh.
“Kejadian itu menjadi kejutan mengenai betapa pentingnya kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya sambil menambah semua pihak sepatutnya berdiri di belakang pasukan keselamatan tetapi ada pemimpin pembangkang menyifatkannya sebagai sandiwara BN.
Beliau berkata, hingga kini pakatan pembangkang gagal menjelaskan kepada rakyat agenda di sebalik pertemuan empat mata pemimpin utama mereka dengan pemimpin asing yang tidak senang hati dengan usaha Malaysia di Selatan Filipina.
“Rakyat wajib tahu apa agenda sebalik pertemuan itu," katanya.
Menyindir tindakan pembangkang, Najib berkata mereka sepatutnya mencontohi Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem dua parti dengan ideologi berbeza, tetapi dalam hal keselamatan, mereka berpegang kepada pendirian hampir sama.
Namun, katanya, ia berbeza di negara ini kerana pembangkang sanggup membuat kenyataan mencemuh dan menjatuhkan imej pasukan keselamatan.
Dalam pada itu, Najib berkata, RELA yang sudah melalui transformasi membanggakan, kini menjadi institusi kuat pendukung kerajaan dan benteng keselamatan yang penting.
"Peranan dan skop penugasan RELA berubah daripada satu badan yang dianggap tidak signifikan, tetapi hari ini tugasnya meliputi hampir semua sudut aktiviti negara seperti program rasmi, keselamatan dan kemasyarakatan,” katanya.
Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan BN akan terus menjaga kebajikan anggota RELA.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pilihkedaulatan_keselamatan_PM/Article/ | hwa - 2/5/13

Tiada ulasan:
Catat Ulasan