ALVIN Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi
*****
Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee
dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menghina agama
Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka
puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Tuduhan kedua mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi.
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Alvin_VivianhadapitigapertuduhanhinaagamaIslam/Article/index_html | hwa 19Jul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan