ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata 
kerajaan akan melaksanakan model baru pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan 
dan Keselamatan Kampung (JKKK) bermula Januari depan sebagai langkah 
memperkasakan peranannya di peringkat akar umbi.
  
Tanpa mendedahkan secara lanjut, beliau berkata, model yang akan 
diumumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie 
Afdal itu akan diguna pakai JKKK seluruh negara.
      
Bagi tujuan itu, tempoh luput perkhidmatan semua JKKK yang berakhir Jun 
lalu, dilanjutkan secara automatik enam bulan lagi sebelum model baru 
itu dilaksanakan.
Hwa | 22JUL 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan