BESUT 30 Jun - UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama 
tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada 
Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan 
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak lama lagi.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO 
mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk 
dicalonkan. 
"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat 
terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang 
semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK
 dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan 
UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini. 
Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan 
majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana
 tetapi mesra. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan