Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.
Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.
"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Memperkasakan Pengguna Peringkat Negeri Pahang 2009 anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Pahang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan Puspanita Kebangsaan, Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd. Mazjub.
Dalam ucapannya, Abu Samah turut mengingatkan pengguna khususnya wanita yang sering dijadikan objek oleh syarikat-syarikat pengiklanan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik dan teknik digunakan bagi melariskan produk.
"Di Pahang, setakat ini kita menerima sebanyak 284 aduan sehingga Oktober 2009, berkaitan isu penipuan perkhidmatan, perkhidmatan perbankan, aktiviti jualan langsung dan barangan tiruan," katanya.
Beliau turut menyifatkan pengguna di negeri ini masih lagi mempunyai tahap kesedaran rendah mengenai hak mereka apabila setakat ini hanya 179 kes tuntutan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Sementara itu. Dr. Rohaty berkata, pilihan di tangan pengguna sama ada mahu terus bermewah dan mengumpul hutang atau berbelanja mengikut kemampuan disebabkan kos sara hidup yang semakin melonjak khususnya di bandar-bandar besar.
"Apa yang dikesali, sikap biar papa asal bergaya masih menebal di kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa beringat dan membuat tabungan sedapat yang mungkin," katanya
Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran seminar tersebut memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya wanita yang sebenarnya perancang ekonomi bagi sesebuah institusi keluarga.
"Jika amalan berhati-hati tidak diamalkan, setiap pengguna berpotensi terjerat ke dalam perangkap amalan peniaga yang kurang beretika dan kerap tertipu tanpa disedari," katanya.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan