
GESAAN Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu supaya kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa ia sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha memulihkan mereka, amat tidak wajar.
Sebagai pemimpin yang matang, beliau sepatutnya mengutarakan apa juga idea untuk memantapkan pusat tahanan tersebut. Buah fikiran sedemikian yang Awang harapkan daripada veteran politik sepertinya.
Jika beliau mendapati tahanan daripada kaum India yang keluar pusat itu tidak semakin baik, Awang rasa selaku parti yang mengaku parti utama mewakili kaum India MIC perlu membuat sesuatu membantu menangani isu bekas tahanan tersebut.
Itu lebih baik daripada mencadangkan supaya pusat itu ditutup. Apakah ia bermakna Samy Vellu tidak lagi yakin dengan sistem atau kaedah hukuman, pencegahan dan pemulihan penjenayah yang kita amalkan selama ini?
Pihak berkuasa penjara eloklah mengeluarkan fakta sebenar tentang prestasi dan keberkesanan pusat tersebut supaya tiada mana-mana pihak cuba mempersendakan sistem yang kita guna pakai dan terima selama ini.
Awang – Cukup faham.
/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan