UM - 20/1/11
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menjawab segala tuduhan ke atas dirinya yang begitu banyak sebelum mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, tindakan Anwar yang hanya mengelak daripada menjawab itu hanya akan membuatkan rakyat percaya dia adalah 'bapa rasuah negara'.
Kata beliau, Anwar sepatutnya membersihkan nama baik dirinya yang amat 'kotor' dengan pelbagai isu termasuk masalah liwat dan rasuah sebelum mencabar Najib.
''Saya cabar Anwar untuk memberitahu daripada mana sumber pendapatannya sehingga boleh berbelanja mewah termasuk ke luar negara dengan kerap.
''Saya yakin dengan elaun sebagai ahli Parlimen tidak akan mampu untuk hidup mewah melainkan dirinya ditaja pihak tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung 'Pelan 100 Hari' pembangkang jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan