22 Februari 2011

Dakwaan tanpa bukti Pua serius, jejas imej kerajaan

Bernama - 22/02/2011 6:36pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Seorang bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengemukakan bukti terhadap dakwaan beliau bahawa pembelian enam kapal ronda generasi kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lebih mahal berbanding pembelian oleh negara lain.

Sambil menyifatkan dakwaan itu serius dan boleh menjejaskan imej negara, bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau akan mendesak Kementerian Pertahanan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Pua.

Katanya, perbuatan Pua ibarat ‘baling batu sembunyi tangan’ dan merupakan agenda politik untuk mencari publisiti.

Lum Yong yang juga Ketua Penyelaras Pusat Khidmat 1Malaysia Bukit Antarabangsa berkata, jika Pua masih gagal mengemukakan bukti dalam tempoh seminggu, beliau akan membuat laporan polis terhadap Pua atas dakwaan memfitnah kerajaan.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: