22 Februari 2011

Usah terlalu takbur di Kerdau - Muhyiddin

Bernama - 22/02/2011 7:59pm

TEMERLOH 22 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Sri Ketumbit, dekat sini, hari ini.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: