27 Mac 2011

Jalur Gemilang hadiah paling berharga

KLUANG: Sehelai Jalur Gemilang pemberian seorang wanita Cina berusia 70 tahun menjadi hadiah paling berharga buat Datuk Seri Najib Razak ketika mengakhiri lawatannya ke daerah ini, malam tadi.

Lebih mengharukan Perdana Menteri ialah apabila dimaklumkan oleh wanita berkenaan, Wong Mei Fong bahawa bendera berusia 51 tahun itu adalah lambang sokongan warga emas itu kepada gagasan 1Malaysia dan Barisan Nasional (BN).

“Bendera ini saya akan pamerkan di Seri Perdana kerana terharu seorang perempuan berbangsa Cina menyokong dan setia kepada kerajaan. Wong Mei Fong juga berikan saya surat dua muka dalam bahasa Mandarin, jadi saya kena balik dan terjemahkan dulu untuk tahu maksudnya.

“Inilah antara yang memberi semangat hingga saya tidak rasa letih kerana rakyat beri sokongan. Saya teruja dengan sambutan di Kluang,” katanya berucap pada majlis jamuan rakyat di Dataran Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan, di sini yang turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor.

/hwa: bharian.com.my | bm - 27/3/11

Tiada ulasan: