NAJIB dan Rosmah menikmati cendol ketika dalam lawatan sehari ke daerah Muar, semalam.
MUAR: "Saya rasa berbesar hati bukan saja kerana menerima kunjungan Perdana Menteri, malah menyediakan cendol untuk dijamu pemimpin negara itu," kata peniaga cendol, Shamsu Bibi Hassan, 55.
Beliau bersama suaminya, Abdul Nasir Miras, yang berniaga di gerai itu sejak kira-kira 30 tahun lalu tidak menyangka Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya sanggup mencuba cendol di gerainya itu.
“Saya tak sangka Perdana Menteri dan isteri sanggup mencuba cendol di gerai saya dan duduk di gerai ini sambil merasai cendol yang kami sediakan,” katanya.
Kunjungan mesra Najib yang turun padang di bandar ini semalam, sebenarnya adalah sesuatu yang amat dinantikan peniaga dan penduduk di sini, apabila keluar beramai-ramai meraikan kehadiran beliau.
Najib tiba pada jam 9.35 pagi untuk beramah mesra dengan penduduk dengan menjadikan Jalan Meriam dan Jalan Sayang di bandar ini sebagai lokasi pertama mereka.
Perdana Menteri berkesempatan melihat carta proses mengatasi masalah banjir kilat dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan bandar Muar, selain berkunjung ke premis perniagaan di laluan berkenaan sebelum melawat pondok kawalan polis di Jalan Sayang.
Rombongan Perdana Menteri berkesempatan menikmati keenakan cendol ketika singgah di gerai yang terletak berdekatan persimpangan Jalan Sayang-Jalan Abdullah itu.
Kehadiran Perdana Menteri di Terminal dan Perhentian Teksi Bentayan serta Pasar Awam Maharani Muar adalah sesuatu dinantikan pemandu teksi dan peniaga.
Pengerusi Persatuan Tuan Punya Kereta Sewa Muar dan Pagoh, Mohd Puat Ibrahim, berkata peluang bersemuka Perdana Menteri membolehkan pihaknya menyampaikan rayuan terhadap beberapa isu yang memerlukan perhatian kepemimpinan negara.
“Ini termasuklah subsidi petrol yang ditarik balik sejak 2009, insurans kereta yang tidak seragam antara RM800 hingga RM1,300 setahun serta dana kebajikan persatuan itu bagi membantu ahli mereka ketika kesusahan,” katanya.
/hwa: bharian.com.my | bm - 27/3/11

Tiada ulasan:
Catat Ulasan