6 Mac 2011

Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM

JASIN 5 Mac – Kenaikan harga barang-barang keperluan kini dialami di kebanyakan negara-negara seluruh dunia, termasuk Malaysia dan ia bukan disebabkan oleh dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu berpunca dari faktor penawaran dan permintaan yang menentukan harga pasaran.

Menurut beliau, semua ini berlaku kerana perubahan iklim dan pemanasan global yang menyebabkan pengeluaran bawang di India dan Pakistan yang merupakan pengeksport bahan itu ke negara ini terjejas akibat banjir.

Katanya, keadaan itu juga menjejaskan pengeluaran daging dunia di Queensland, Australia dan sekali gus mendorong peningkatan harga.

“Kedua-duanya negara ini misalnya merupakan pengeksport utama barang berkenaan ke negara ini, justeru peningkatan harga tidak dapat dikawal.

“Namun keutamaan kerajaan kita ialah bukan kerana soal peningkatan harga barang tetapi memikirkan bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan rakyat termasuk petani dan penternak.

“Secara holistiknya, kita mahu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian sekali gus menjamin pendapatan tinggi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis ramah mesra dengan petani, penternak dan nelayan di Dewan Datuk Ahmad Ithnin di Merlimau Pasir di sini hari ini.

/hwa: utusan.com.my | mm - 6/3/11

Tiada ulasan: