PUTRAJAYA 29 Jan. - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal
jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala
tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin
selama ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata,
adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan
antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi
itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.
Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan
Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada
konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman
daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.
"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal
itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar
Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat
penilaian mereka sendiri.
"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi
menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin
mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.
Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong
tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai
perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.
"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan
antarabangsa.
"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada
konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi
memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang
berkekalan," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 30/1/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan