KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat 
kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semula jadi manusia, kata Tun 
Dr. Mahathir Mohamad.
 Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah 
menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini 
bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.
“Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang 
Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. 
“Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte, Egalite, Fraternite iaitu 
Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga 
apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus,” 
katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc hari ini, yang 
bertajuk Lapok.
Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah 
berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat 
beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di 
Barat sekarang, katanya.
 “Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks.
Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan 
mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana 
lelaki. 
 “Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak 
ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur 
dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan 
antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi,” kata Dr. 
Mahathir.
Lain-lain konsep kebebasan semula jadi manusia termasuklah menukar 
konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan 
pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan
 tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting,
 katanya. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 9/2/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan