BERA 7 Mac — Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu ”rasuah” sebenarnya menghina umat Islam yang
menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan
bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk
membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada
rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?” soalnya ketika berucap
pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera
di sini.
Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan Pas itu kerana
bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan
latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.
Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai
tohmahan sedangkan parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada
dalam keadaan bercelaru.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan