PEKAN 11 Mac — Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat
mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan
kesejahteraan dan kemakmuran kata, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus
tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan
menerima manfaatnya.
"(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahaja atau
gantung ”bulan” paling tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan
agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat
dan orang ramai,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vitamin
1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di
Dataran Pekan, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah
Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Datuk Dr. Shamsul
Anuar Sulaiman.
Najib berkata, ungkapan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan
Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya
boleh dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat.
"Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaan serta
pentadbiran yang berasaskan kepada KPI (indeks prestasi utama) maka
kita berjaya merangsang dan memacu ekonomi yang baik iaitu pada kadar
pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas,” katanya.
Beliau berkata, pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian
yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi
yang tidak menentu.— BERNAMA
/hwa: utusan.com.my | 12/3/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan