AWANG tidak kisah kalau Anwar Ibrahim sekadar orang biasa. Dia boleh
berbohong apa sahaja, tiada mudarat kepada rakyat dan negara.
Tetapi sebagai pemimpin politik apatah lagi mengetuai pakatan pembangkang, ia tidak boleh didiamkan.
Terbaru, kehadiran Anwar pada persidangan India Today Conclave (ITC 2012) pada 16 dan 17 Mac lalu mencetuskan kontroversi.
Dalam twitternya, Anwar memberitahu beliau tidak akan hadir ke ITC
2012 sebagai membantah kehadiran penulis kontroversi, Salman Rushdie,
yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Namun hakikatnya, beliau muncul menyampaikan ceramah di sana, yang
turut dihadiri Salman. Dengan kata lain, Anwar dan Salman bersama-sama
menjayakan persidangan tersebut.
Sepatutnya kalau beliau mahu hadir, nyatakan sahaja akan hadir. Tidak
perlu mengelirukan para pengikut Twitternya konon akan memboikot ITC
2012.
Banyak blog telah memainkan isu tersebut dan dalam reaksinya Anwar
marah-marah tetapi pada masa yang sama tiada penjelasan yang
menyakinkan.
Sebagai latar belakang, Salman adalah penulis buku Satanic Verses
yang secara teran-terangan menghina riwayat hidup Nabi Muhammad, yang
telah mencetuskan bantahan seluruh dunia tidak lama dulu.
Dalam buku tersebut, antara lain beliau menulis bahawa wahyu yang
diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan Rasulullah
tertipu dengan wahyu tersebut.
Beliau juga mendakwa pusat pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah.
Apakah Anwar boleh berkompromi kepada penghinaan seperti itu? Awang
bimbang dengan pandangan beberapa tokoh Islam tanah air termasuk Ismail
Mina yang mengaitkan ketua pembangkang itu cenderung kepada mengamalkan
pluralisme agama. Ismail juga diketahui adalah bekas sahabat akrab Anwar
sejak di Universiti Malaya, Yayasan Anda dan Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM). Kini beliau bukan sahaja meninggalkan Anwar malah
komited menyedarkan masyarakat terhadap siapa sebenarnya pemimpin PKR
itu.
Ketika Anwar memilih untuk menghadiri ITC 2012, lain pula halnya
dengan pemimpin pembangkang Pakistan, Imran Khan. Bekas pemain kriket
terkemuka itu memboikot acara tersebut sebagai bantahan langsung
terhadap penyertaan Salman.
Dalam undian Internet di tribune.com.pk, ketegasan Imran mendapat
reaksi positif. Lebih 70 peratus menyokong tindakan beliau mengasingkan
diri daripada majlis yang membabitkan Salman. Sokongan majoriti terhadap
Imran itu menunjukkan umat Islam tidak mengambil mudah dan melupakan
begitu sahaja penghinaan Salman terhadap Rasulullah.
Biarpun dicemuh oleh Salman ekoran tindakannya memboikot ITC 2012,
Imran tetap mengutamakan kepentingan dan maruah Islam. Dia juga tidak
berbohong. Jauh bezanya pemimpin pembangkang negara orang dan ketua
pembangkang negara kita.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT/HWA: utusan.com.my | 2/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan