KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Parit
Buntar, Perak tidak akan berhasil kerana Ummi Hafilda Ali turut
mengadakan ceramah di tempat yang sama esok.
Anwar sekali lagi akan berdepan dengan Ummi Hafilda selepas
bertembung ketika mengadakan ceramah di Rumpun Makmur, Pahang; Bukit
Besi, Dungun dan Batu Gajah, Perak sebelum ini.
Ummi Hafilda berkata, sikap sebenar Anwar akan dibongkar menerusi beberapa pendedahan yang akan disampaikan pada malam tersebut.
"Kita minta orang ramai hadir untuk mendengar dan menilai siapa yang berada di pihak yang benar.
"Kelantangan dan pendedahan yang dilakukan membuatkan Anwar semakin tertekan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda juga mahu melihat sejauh mana Anwar mampu mengelirukan
rakyat dengan sandiwaranya dan terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang
akan dibongkar nanti.
"Saya yakin Anwar tidak mampu untuk menangkis satu demi satu bukti dan rahsia yang selama ini tersimpan ,"katanya.
/HWA: utusan.com.my | 22/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan