Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar
keruh dan seakan hilang seri?
Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.
Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu
dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya
dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang
dengar. Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri. Lihatlah wajah
pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya
tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu
disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya
kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan. Apabila
beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator
zaman lampau. Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi
media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka
berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca. Pemimpin mesti
kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka.
Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar,
ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.
/HWA: utusan.com.my | 22/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan