21 April 2012

Azmin dipersoal tidak pertahan maruah keluarga

KUALA LUMPUR 18 April - Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang sering mendiamkan diri apabila sesuatu isu dilontarkan termasuk melibatkan nama baik keluarganya membuktikan dia layak digelar sebagai dayus.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, Azmin tidak mempertahankan diri dan keluarganya walaupun ada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Shamsidar Taharin.
''Kalau di kampung orang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan nama baik keluarga, lebih-lebih lagi apabila ada orang menuduh isteri sendiri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
''Sebaliknya, Azmin seperti takut untuk menyaman orang yang membuat tuduhan tersebut seolah-olah dakwaan itu benar dan sebab itu dia layak digelar sebagai suami dayus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang mendesak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar supaya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan pertalian di antara Nurul Izzah Anwar dan Affifah Azmin dari segi hukum syarak.
Zamil berkata, tindakan Azmin yang sehingga kini berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan yang baru-baru ini mendakwa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar.
Zamil juga turut mempersoalkan tindakan Azmin yang suka menyalahkan UMNO apabila setiap kali ada dakwaan negatif terhadap dirinya.
''Semua kesalahan dituduh sebagai konspirasi UMNO bagi menjatuhkan dia. Jika benar tuduhan itu tidak benar mengapa Azmin enggan menyaman Nallakaruppan sebaik sahaja dakwaan itu dibuat?,'' soalnya
Beliau juga mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang jika benar dakwaan itu hanya fitnah.
''Saya mahu Azmin membersihkan nama baik dirinya dan keluarga dengan menyaman Nallakaruppan bagi membuktikan segala tuduhan itu satu fitnah,'' katanya.
/HWA: utusan.com.my | 20/4/12

Tiada ulasan: