KUALA LUMPUR 2 April - Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan
Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23
Mei ini di Putrajaya.
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang
berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10
karnival terbesar di dunia.
Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian,
kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.
“Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang
akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini,” katanya kepada
para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai
pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan
daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan