BESUT 31 Mac - Parti pembangkang khususnya Pas sanggup berbuat apa
sahaja demi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) meskipun
terpaksa bersekongkol dengan parti bukan Islam pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya
hanya mahukan kuasa untuk memerintah dan bukannya mahu memperjuangkan
agama Islam seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini.
Beliau berkata, perjuangan parti itu juga dilihat semakin menyeleweng
dan meninggalkan prinsip perjuangan asal untuk menegakkan negara Islam
apabila dilihat semakin berlembut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat
(PKR).
"Sebelum ini UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC
dikafirkan tetapi lain pula apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR
yang jelas tidak menerima perjuangan Islam Pas," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata
demikian pada majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO
Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut di
Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong dekat sini malam tadi.
Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh;
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin; Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad; ADUN Kota Putera,
Muhammad Pehimi Yusof dan ADUN Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan