PULAU PINANG 18 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri kepada timbalan presidennya,
Azmin Ali, Shamsidar Taharin didesak mengeluarkan kenyataan rasmi
mengenai hubungan pertalian di antara Nurul Izzah Anwar dan Affifah
Azmin dari segi hukum syarak.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata,
tindakan itu perlu bagi meleraikan tanda tanya yang kini diperkatakan
orang ramai.
Menurutnya, ramai ahli PKR sendiri merasa sangsi tetapi tidak berani bersuara kerana takut dilucutkan jawatan atau sebab lain.
"Ini bukan satu dakwaan tetapi ia adalah satu pertanyaan perlu
diperjelaskan oleh mereka berdua secara serentak bagi menyatakan perkara
sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Aminah turut mendesak Wan Azizah menafikan bahawa PKR merupakan
sebuah parti yang tidak menghalang budaya seks bebas serta lesbian, gay,
biseksual dan transeksual (LGBT) seperti yang diperkatakan masyarakat.
Wan Azizah dan Shamsidar sebelum ini membatalkan sidang akhbar pada
saat-saat akhir hingga mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan
cemuhan dalam kalangan penyokong parti itu.
Sidang akhbar dijadual berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana,
Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu diuar-uarkan sejak awal bulan ini
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman blog serta portal
propembangkang.
Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana kedua-duanya
dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka.
/HWA: utusan.com.my | 20/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan