PULAU PINANG 18 April – Gerakan hari ini membidas kerajaan DAP Pulau
Pinang kerana didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta
semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
Tindakan itu dianggap membazir kerana ia dikatakan masih belum
diluluskan sedangkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan
pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan
Ajam.
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng
berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan pelbagai pihak
termasuk orang ramai terlebih dahulu mengenai pelan tersebut dan
menunggu kelulusan sebelum melantik mana-mana perunding.
“Kerajaan negeri sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman
(MoU) dengan sebuah syarikat bagi pembinaan terowong dasar laut.
“Sepatutnya mereka mendapatkan pandangan orang ramai mengenai Pelan
Induk Pengangkutan Pulau Pinang sehingga diluluskan terlebih dahulu,”
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan
Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pelan tersebut
dipamerkan di tempat awam mulai Isnin lalu sehingga 28 April ini bagi
mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.
/HWA: utusan.com.my | 20/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan