PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri
Rosmah Mansor diiringi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
pada perasmian Pertukaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012
di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di Serdang, hari ini. -
Foto Sairien Nafis May 31, 2012 12:59 pm
31 Mei 2012
Pas tidak konsisten, hukum digunapakai berubah-ubah ikut kepentingan
MENARIK sekali pendirian Dr. Sheikh Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis
Fatwa Masjidil Haram berdasarkan hujah syaraknya mengenai isu seseorang
itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu
kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Memang logik akal pun 'fatwa' politik itu tidak munasabah. Ia tidak
lebih suatu cara memenangi undi di kalangan mereka yang jahil dan
memiliki daya taksub yang tinggi. Cara ini adalah tidak Islamik kerana
ia tidak bersandarkan hukum syarak.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan
bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran (Berita Minggu April
1994). Katanya: ''Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh
seseorang itu ke syurga.'' (Ucapan Nik Aziz kepada pemberita di IKBN
selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir)
Pendirian Nik Aziz itu dijawab dengan jelas oleh Dr. Sheikh Sulaiman.
Katanya: "Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia
Allah kepada sesiapa yang dapat melakukan ubudiah bukan kepada mana-mana
pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang
sesat dan kufur atau syirik."
Pas seperti juga UMNO adalah parti politik kendalian manusia. Islam
adalah agama ciptaan Allah bukan bikinan manusia. Al-Quran yang menjadi
sumber pedoman orang Islam adalah maha sempurna dan terjamin sehingga
kiamat. Parti politik dan perlembagaannya adalah olahan manusia. Ia
tidak sempurna dan tidak terjamin hadir sehingga hari kiamat.
Meski sumber perjuangan parti itu adalah al-Quran dan sunnah,
sifatnya berubah-ubah. Isu negara Islam dan pelaksanaan hudud juga
berubah. Dulu tidak timbul tidak ada ayat yang menyatakan negara Islam
dalam al-Quran sekarang bertukar menjadi negara kebajikan.
Pas adalah milik orang Pas sahaja tetapi Islam adalah milik semua.
Pas tidak ada di negara-negara selain dari Malaysia. Apakah perjuangan
parti lain tidak masuk syurga. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah.
Ia bukan ketentuan sesuatu parti atau cakap seseorang pemimpin.
Hal yang seiringan dengannya adalah isu takfir atau kafir-mengkafir.
Haji Abdul Hadi berkata: ''Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik
suku agama suku.''
Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku
itu menjadi kafir kerana perkataan itu kerana ia tertakluk kepada
taawil. Menurut kaedah usuluddin tidak boleh dihukum kafir ke atas
seseorang selagi kata-katanya boleh ditaawilkan sebagai tidak bermaksud
kekufuran.
Pas sendiri tidak konsisten, hukum yang digunapakai berubah-ubah
mengikut kepentingan tertentu. Pada 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan
memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan kafir
memerintah negara menjadi kafir atau haram.
Tiba-tiba pada April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Ia jelas bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 itu.
Islam adalah agama sempurna. Jauh sekali untuk disamakan tarafnya
sebuah parti politik kendalian manusia yang sangat terdedah dengan
kelemahan dan kekurangan. Pemimpin dan pengikut Pas memiliki nafsul
amarah yang tinggi seperti parti-parti lain. Inilah kelemahan manusia.
Tetapi UMNO tidak pula mendakwa ia parti Islam dan orang Pas kafir.
UMNO sejak merdeka banyak membuat program-program Islam dalam
pembangunan negara dan masyarakat. Pas mendakwa sebagai sebuah parti
Islam. Tetapi program Islam yang menjadi asas binaan sistem tidak ada.
Bank Islam dan Takaful Islam umpamanya ditiru dari UMNO dan kerajaan.
Orang Melayu sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka sudah boleh
berfikir dan ada ilmu hasil perkembangan dakwah yang terjadi. Radio
IKIM, TV Hijrah milik kerajaan dan banyak lagi saluran yang ada memberi
ruang orang ramai semakin dapat membezakan antara propaganda politik dan
ajaran Islam.
Oleh itu, penegasan Dr. Sheikh Sulaiman cuba memperjelaskan keadaan
yang kusut supaya orang yang terlibat dalam perjuangan politik Islam
jangan meniru perangai 'khawarij' yang mengkafirkan sesama Islam kerana
perbuatan itu bakal kembali semula kepada diri mereka, kata Rasulullah
SAW.
Jalan terbaik dalam Islam adalah kembali kepada al-Quran dan hadis.
Apakah isu syurga dan neraka itu begitu mudah sehingga mengambil kuasa
Allah untuk menentukannya. Apakah mengkafir sesama Islam itu dilafazkan
sesedap mulut. Inilah isu yang patut direnungkan dengan rasa insaf yang
mendalam.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Antara hujah Harussani, sikap Nik Aziz
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata
kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO.
Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul
Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan
kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah
laku dan pendekatan politik beliau.
Nik Abdul Aziz sememangnya sejak dulu lagi dilihat berdendam dengan
UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila beliau menganggap parti tersebut
telah 'menendang keluar' Pas daripada komponen itu pada 1978.
Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu seolah-olah terbuku mendalam di
hati Nik Abdul Aziz, oleh itu beliau dilihat cukup tidak selesa jika ada
mana-mana pihak cuba merapatkan hubungan dengan UMNO. Sebab itulah Nik
Abdul Aziz dilihat menentang usaha penubuhan kerajaan perpaduan antara
UMNO dan Pas.
Beliau yang mencadangkan supaya Pas mengadakan muktamar khas bagi
membincangkan perkara itu dan akhirnya pada 28 Oktober 2009, mesyuarat
khas Jawatankuasa Pas pusat memutuskan isu kerajaan perpaduan ditutup
sepenuhnya.
Keputusan itu merupakan tamparan kepada orang Melayu yang begitu
teringin melihat dua parti Melayu duduk semeja bagi membincangkan
mengenai perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Tetapi mereka tidak boleh berkata apa-apa kerana Nik Abdul Aziz
sememangnya agak 'alergi' apabila ada mana-mana pihak menyentuh soal
muzakarah dengan UMNO. Sebab itulah apabila tercetusnya isu tersebut
baru-baru ini, Nik Abdul Aziz meletakkan syarat bahawa muzakarah
tersebut hanya membincangkan kenapa UMNO menolak Islam.
Beliau bagaimanapun menarik balik hasrat itu atas alasan mengikut
pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju
dengan langkah berkenaan. Namun begitu kita tidak harus lupa bahawa Nik
Abdul Aziz acap kali menyerang UMNO seolah-olah parti itu benar-benar
menolak Islam.
'Serangan' Nik Abdul Aziz terhadap UMNO dalam soal tolak Islam ini
bukan baru tetapi sudah berlaku sejak sekian lama, cuba kaji dua
kenyataan ini yang dibuat oleh beliau;
"UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaannya tidak merujuk
al-Quran dan Hadis." - (Harakah, 22 Februari 1999) dan "Tiada sebab
langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam
kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini
Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat,
tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar
atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." -
(Sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.)
Kaji juga apa kata beliau di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009,
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke
syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang
Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka."
Oleh itu selagi Nik Abdul Aziz terus mempunyai pendirian bahawa UMNO
menolak Islam maka selagi itulah langkah untuk mengadakan muzakarah
apatah lagi mencari titik persefahaman antara UMNO dan Pas tidak akan
berjaya.
Nik Abdul Aziz dilihat tokoh paling berpengaruh dalam Pas dan ia
dikatakan mengatasi pengaruh Abdul Hadi sendiri, biar pun bekas Menteri
Besar Terengganu itu adalah Presiden Pas.
Justeru ramai yang melihat selagi Nik Abdul Aziz dengan pendiriannya
maka sudah pasti usaha untuk mencari titik persefahaman antara UMNO dan
Pas tidak akan berhasil. Ini kerana Nik Abdul Aziz dianggap oleh ramai
pihak sering berhujah sesuatu perkara itu berlandaskan kepentingan
politik Pas bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Mursyidul Am itu juga dilihat hanya berani menyanggah UMNO dalam soal
Islam tetapi tidak begitu tegas apabila DAP menentang sebarang usaha
Pas untuk melaksanakan hukum hudud atau menubuhkan negara Islam.
Ini jelas apabila Nik Abdul Aziz tetap mempertahankan kerjasama
dengan PKR dan DAP biar pun mereka melakukan perkara yang mengguris
perasaan umat Islam, ia termasuklah mempertikaikan langkah melarang umat
Islam menyambut Hari Kekasih dan menyokong sebarang usaha melindungi
keselamatan negara Israel.
Hujah Nik Abdul Aziz ketika itu ialah, Islam merupakan agama yang
bersifat tahaluf (kerjasama), justeru tidak ada keperluan untuk Pas
mengkaji semula hubungannya dengan pakatan pembangkang.
"Tak boleh, tak boleh. Agama Islam itu tahaluf yang diguna sendiri
oleh Nabi Muhammad SAW. Saya tidak setuju langsung (desakan agar Pas
kembali ke perjuangan asal dan mengkaji balik hubungan dengan pakatan
pembangkang). Malah saya nak minta UMNO ubah dasar dia daripada
kebangsaan kepada Islam. Tak pasal-pasal ambil kebangsaan yang bukan
cara Nabi Muhammad SAW tetapi ajaran mat salleh Eropah."
Itulah hujah Nik Abdul Aziz yang sudah pasti akan dipersetujui oleh
penyokong-penyokong tegar Pas, tetapi cuba kaji apa pula hujah Pengasas
Pondok Getting, Tumpat, Abdullah Sa'amah ketika ditanya mengenai tuduhan
UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukannya Islam.
Jawapan Abdullah ialah, ''Itu adalah penipuan kepada orang jahil,
perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu
semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang
Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh,
sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia
20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak.
''Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh
rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis
seperti itu Nabi pun suruh, 'bermula dengan ketua negara Islam itu mesti
berbangsa Quraisy.' Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam,
kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini
dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan
soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji.
''Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan
Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang
berdosa, dia tolong kaum dia walaupun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia
tolong walaupun hancurkan orang Islam."
Namun apa pun kita percaya, kenyataan Harussani dan Abdullah akan
disanggah oleh pemimpin dan penyokong Pas kerana bagi mereka hanya hujah
Nik Abdul Aziz sahaja yang betul, bagaimanapun dalam masa yang sama
Mursyidul Am itu juga perlu diperingatkan bahawa tindakan beliau yang
seolah-olah tidak mahu berdamai dengan UMNO demi kepentingan Islam
adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Sebab itulah Harussani menegaskan, "Seharusnya kita kena bersedia
untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik
kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.
Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara
sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan 'kerusi' sahaja."
Tetapi itulah keadaan Pas sekarang yang disifatkan oleh Abdullah
'sudah rosak'. Siapa yang menyebabkan Pas jadi begitu? Mereka yang
mengikut perkembangan politik parti itu pasti tahu jawapannya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Minta derma: Kerajaan Pas diminta berhenti perbodohkan rakyat
KOTA BHARU 29 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta berhenti daripada
memperbodohkan rakyat negeri ini dengan meminta derma untuk membina
lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan kos sebanyak
RM1.8 bilion.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, majlis letak batu
asas dan pelancaran derma untuk lebuh raya yang dirasmikan oleh Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lebih daripada satu gerak
saraf dan propaganda politik Pas Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Beliau berkata, kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz tidak boleh
selamanya memperbodohkan rakyat dengan pengumuman projek mega kerana
mereka boleh menilai sejauh mana pelaksanaan janji-janji yang dibuat
oleh pemimpin Pas sebelum ini.
"Saya geli hati apabila Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan menderma
untuk projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai yang menelan belanja
RM1.8 bilion. Kalau harap derma mungkin 50 ke 100 tahun lagi baru siap,
inilah gimik dan sandiwara politik yang terhebat abad ke-21.
"Dulu letak batu asas Jambatan Kampung Cina-Palekbang, projek
pelabuhan dan bandar Pantai Sri Tujoh, Tumpat dan pelabuhan darat Kuala
Krai, mana projek ini sekarang, sebatang besi pun tak ada.
"Saya mencadangkan kepada Nik Abdul Aziz lancar kutip derma baiki
tandas masjid, baiki surau atau madrasah yang usang dan kotor, ini lagi
baik dan afdal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Henti guna agama untuk kepentingan politik
KUALA LUMPUR 29 Mei - Pas digesa berhenti menggunakan agama sebagai
senjata politik bagi meraih sokongan dan undi khususnya di kalangan umat
Islam.
Setiausaha Agung Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas),
Zulkifly Sharif berkata, langkah itu perlu supaya umat Islam tidak
terkeliru dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan parti tersebut.
Katanya, berpolitik tidak menjadi kesalahan tetapi ia harus selaras
dengan syariat yang telah ditentukan agar perpecahan di kalangan ummah
dapat dielakkan.
"Pas perlu berhenti daripada terus mengeluarkan fatwa yang
mengelirukan seperti undi mereka dijamin syurga kerana ia jelas
bertentangan dengan Islam.
"Al-Quran sendiri tidak menyebut perkara itu bahkan sudah ternyata
apa juga perbuatan yang kita lakukan pasti mendapat balasan setimpal,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa
Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa
propaganda iaitu seseorang akan masuk syurga sekiranya mengundi parti
tertentu dianggap suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Zulkifly, sekiranya benar Pas mahu memperjuangkan Islam parti
itu seharusnya bersama menentang penularan gejala murtad dan lesbian,
gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang kini semakin membimbangkan.
Kata beliau, pihaknya juga menyeru Pas dan UMNO mencari titik penyatuan bagi memastikan kelangsungan bangsa dan agama terjamin.
Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina),
Ibrahim Mohd. Hassan menegaskan, umat Islam perlu sedar urusan syurga,
neraka, pahala dan dosa terletak sepenuhnya pada Allah SWT.
Katanya, Allah SWT telah menggariskan beberapa panduan sebelum
sesuatu perbuatan itu dikira sebagai ibadah dan layak mendapat pahala.
"Justeru, undi yang dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala adalah
undi yang niatnya ikhlas kerana Allah SWT dan bertepatan dengan syariat
Islam.
"Setiap parti politik Islam tidak kira sama ada di pihak kerajaan
atau pembangkang perlu bersatu untuk menjaga akidah serta menghalang
anasir luar daripada merosakkan kesatuan umat Islam serta kembali
merujuk kepada prinsip-prinsip Islam sebenar," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,
Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, Pas perlu menjelaskan apakah yang
dimaksudkan dengan kenyataan mengundi parti tersebut membawa ke syurga.
Katanya, langkah itu perlu bagi mengelak salah faham kerana kertas undi bukanlah tiket bagi seseorang ke syurga atau neraka.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Berundurlah Nik Aziz - Jaafar
Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan berundur daripada arena politik dan
memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan
kemampuan mereka.
Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk
Seri Jaafar Shaari berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua
jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan
memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Katanya, adalah lebih baik untuk beliau turun ketika masih dihormati berbanding meletakkan jawatan ketika dikeji pelbagai pihak.
"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon
yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka
buktikan kemampuan.
"Lagi lama beliau berada di atas, selagi itu parti sukar untuk
berkembang kerana kebanyakan keputusan dibuat beliau," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
semalam yang menyifatkan pendekatan kepimpinan Nik Abdul Aziz sebagai
'melampau'.
Sementara itu, berhubung pembatalan hasrat untuk bermuzakarah antara
Pas dan UMNO, Jaafar berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya meletakkan
syarat sebelum bermuzakarah kerana ia menjadi faktor usaha murni itu
gagal.
"Muzakarah dulu, kemudian baru tengok apa keputusan perbincangan.
Kalau ada perkara setuju, setujulah, kalau tidak setuju kata tidak
setuju.
"Ini belum apa-apa beliau telah letakkan syarat, tidak boleh macam
itu. Ia memberi gambaran bahawa beliau dari awal tidak mahu
melakukannya," jelas beliau.
Sementara itu, Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun
berharap pintu hati Menteri Besar Kelantan itu akan terbuka serta diberi
petunjuk untuk melihat kepada perkara yang benar.
Sambil memberikan contoh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir
Mohamad yang berundur apabila tiba masanya, beliau berkata, Nik Abdul
Aziz juga sepatutnya mengambil langkah serupa.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Formula BN majukan Malaysia tidak perlu dipertikai lagi
KUALA LUMPUR 29 Mei - Formula kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam
membangunkan ekonomi, politik, sosial dan budaya di negara ini tidak
perlu dipertikai lagi kerana ia membawa kestabilan dan memberi
keselesaan kepada semua pihak.
Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, jika pihak
tertentu berterusan mahu menguji pencapaian pentadbiran sedia ada dengan
berkeinginan untuk melihat kerajaan baru yang tidak berpengalaman
memerintah, maka negara akan hancur.
"Meskipun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutama
melibatkan dasar, kita perlu berpuas hati kerana negara berada dalam
keadaan stabil, popular, memiliki modus operandi yang terbaik dalam
pembangunan, komitmen tinggi dan mempunyai ketua negara yang berkualiti.
"Bagi golongan yang suka bereksperimen, mereka tergolong dalam
kalangan yang sukakan populariti. Mereka gemar melihat kesan daripada
perbuatan tersebut sama ada wujud penyokong atau tidak, tetapi
hakikatnya golongan ini tidak ada hala tuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim bahawa rakyat tidak boleh melakukan eksperimen terhadap
nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum kerana jika tersalah
langkah ia boleh menjerumuskan negara ke dalam situasi tidak menentu.
Menurut Ramlah, pemimpin negara pada masa dahulu bersungguh-sungguh
menyatukan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
supaya tiada pemisahan dan tiada tuntutan yang berbeza demi keharmonian
negara dan masyarakat.
"Pendekatan yang diambil oleh pemimpin terdahulu berjaya. Buktinya
sejak tahun 70-an sehingga 2008, negara dan rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kaum hidup dalam perpaduan.
"Tetapi sedihnya ketika 2008 terdapat segelintir masyarakat cuba
membuat eksperimen. Uji kaji yang mereka lakukan pada awalnya memberi
perasaan puas hati di kalangan mereka, tetapi akhir-akhir ini ancaman
keselamatan terhadap negara dan rakyat semakin menonjol," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (Iksep), Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin berkata, landskap politik
dalam negara tidak perlu diubah mahupun diuji kerana ia telah terbukti
membawa keamanan.
Jelas beliau, disebabkan tindakan pihak yang mahu melihat
'pembaharuan' dalam negara terutama melibatkan Perlembagaan negara,
kesannya ialah orang Melayu kini berpecah-belah.
"Jika pihak-pihak yang suka menguji telah menyebabkan orang Melayu
tidak bersatu, banyak lagi perkara lain yang akan dilakukan dan bagi
mereka ia hanya perkara mudah. Justeru adakah kita hanya mahu mendiamkan
diri dan melihat tindak-tanduk mereka," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
'Video bukti rakaman seks pemimpin pembangkang'
KUALA LUMPUR 29 Mei - Senator Datuk S. Nallakaruppan mendakwa rakaman
video 'panas' yang diserahkan kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad
Shafee Abdullah bulan lalu adalah video seks seorang pemimpin
pembangkang bersama isteri orang.
Katanya, rakaman video selama satu jam 20 minit itu dirakam pada
tahun 1990-an di sebuah kediaman mewah di ibu kota dan ia bakal menjadi
bukti kukuh bahawa pemimpin politik tersebut mempunyai masalah moral.
Menurutnya, video itu lebih jelas siapa pelakunya dan apabila ditayangkan di mahkamah kelak bakal menyedarkan orang ramai.
Beliau seterusnya mencabar pemimpin pembangkang berkenaan menyamannya
sebanyak RM500 juta jika yakin video seks tersebut satu lagi fitnah
tetapi pada masa sama memberi amaran terlalu banyak rahsia sepanjang
bertahun-tahun persahabatan mereka.
"Video ini saya simpan sejak 15 tahun lalu demi keselamatan kerana
pada masa itu pemimpin tersebut individu penting dalam negara. Namun,
beliau tidak pernah insaf dan berterusan mahu menghancurkan negara
menyebabkan saya perlu menyerahkan bukti ini kepada mahkamah.
"Beliau boleh menafikan atau mendakwa video ini sekadar fitnah tetapi
pita rakaman yang diserah kepada Muhammad Shafee bukan main-main, ia
rakaman seks beliau dengan isteri orang dan saya akan dedah segalanya di
mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 23 April lalu, Nallakaruppan bertindak menyerahkan video itu
kepada Muhammad Shafee di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, ditanya mengapa baru sekarang beliau mendedahkan
kewujudan video seks berkenaan, Nallakaruppan berkata, beliau sudah
tidak mampu lagi bersabar melihat tindak-tanduk pemimpin pembangkang
tersebut yang berterusan menipu rakyat.
"Dia menipu rakyat dan menjanjikan macam-macam serta cuba merosakkan
negara hanya kerana cita-cita politik. Apakah saya mahu bersabar lagi
dengan semua ini sedangkan saya tahu siapa dia yang sebenar, saya tahu
betapa buruknya moral pemimpin ini," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Anwar arah tutup kes Azmin?
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Mei - Raja Petra Kamaruddin,
pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan
bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana
Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.
Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan
pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan
berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki
Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442
sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.
Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri
oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes
tersebut dalam satu pertemuan di London.
Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas
pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki
kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat
awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar
bernilai lebih RM7 juta.
Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah
memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE
(RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah
berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham
dalam Hicom.
"Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton
Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas
salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek
berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November
1992 hingga Mei 1995.
"Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek
dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah
RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika
mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal
http://www.malaysia-today.net hari ini.
Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit
yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai
Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya
tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau
memiliki kekayaan tidak seimbang.
"Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan
yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama
bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati
isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit
sedangkan Shamsidar tidak bekerja.
"Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak
seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan
rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor
pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut
diambil ke atas Azmin.
Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang
bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja
Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang
sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya
suatu rekaan atau konspirasi.
Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR
mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang
jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan
kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.
"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu
menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah
di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja
menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang
tambahan untuk hutang ini?
"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan
kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula
RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan
Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Mandat rakyat penting - PM
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak memberi ucaptama pada
Persidangan Invest Malaysia 2012 di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur,
semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
*****
KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata, mandat rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat penting terutama bagi meneruskan
usaha melaksanakan setiap program transformasi yang dirancang.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar tanpa mandat yang kuat
daripada rakyat ia hanya akan melambatkan pelaksanaan agenda tersebut
sekali gus membantutkan hasrat melihat Malaysia muncul sebagai negara
berpendapatan tinggi serta maju pada 2020.
Selain itu, Najib turut mengingatkan rakyat supaya bijak menilai
khususnya membabitkan janji serta cadangan pembangkang dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang kerana jelas rancangan-rancangan
dikemukakan lebih bersifat populis, tidak realistik serta diragui.
"Saya amat meragui setiap janji, rancangan serta cadangan mereka.
Sebagai contoh, mereka mahu menurunkan harga petrol dalam tempoh satu
malam sahaja yang mana langkah ini tidak pernah dilakukan mana-mana
kerajaan di dunia.
"Untuk makluman, kerajaan memperuntukkan lebih RM2 bilion sebulan
untuk subsidi petrol. Jika harga bahan api ini diturunkan lagi, kerajaan
perlu menambah peruntukan subsidi antara RM3 bilion hingga RM4 bilion
sebulan. Apa akan jadi dengan kewangan negara?," katanya.
Najib berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Datuk Seri
Johan Raslan yang juga Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC)
Malaysia dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada program
Invest Malaysia 2012, di sini hari ini.
Najib berkata, rancangan pembangkang untuk menghapuskan hutang
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah
RM45 bilion dan bayaran tol serta menetapkan gaji minimum sebanyak
RM4,000 sebulan juga jelas bersifat populis.
Katanya, semua janji itu tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
Sebaliknya, beliau menegaskan, kerajaan BN akan terus menawarkan
program-program lebih realistik serta mempunyai wawasan jelas seperti
program-program transformasi yang sedang giat dilaksanakan.
"Saya berjanji hasil mandat yang diberikan rakyat, saya serta
rakan-rakan dalam kerajaan akan bekerja lebih keras dalam meningkatkan
hidup rakyat dan demi mencapai matlamat negara maju menjelang 2020,"
katanya.
Sementara itu, menjawab satu soalan lain beliau berkata, Malaysia
merupakan sebuah negara yang begitu sesuai untuk didiami selain
destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.
"Saya telah mengunjungi banyak negara di dunia dan apa yang boleh
saya katakan Malaysia adalah negara terbaik dan hebat bagi saya.
"Dengan wujudnya kepelbagaian agama, etnik, kebudayaan serta cara
hidup, kita berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat
menarik termasuk sebagai destinasi terbaik bagi tujuan pelaburan serta
perniagaan," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
LGBT senjata Barat runtuh sistem institusi kekeluargaan - IKIM
KUALA LUMPUR 29 Mei - Kebebasan dan hak individu yang diperjuangkan
oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah
senjata Barat untuk meruntuhkan sistem kekeluargaan dan kepercayaan
agama.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik
Mustapha Nik Hassan berkata, fahaman hedonisme yang cuba membenarkan
perkahwinan sesama jantina itu harus ditolak kerana boleh merosakkan
moral dan struktur masyarakat.
"Manusia tidak mempunyai kebebasan penuh dalam hidup kerana setiap
kebebasan harus disertai dengan tanggungjawab kepada diri dan
masyarakat.
"Pengaruh LGBT ini adalah satu perjuangan yang hanya mahu memuaskan
nafsu sedangkan nafsu tidak mungkin dapat dipuaskan," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Seminar Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid
al-Shariah di sini hari.
Seminar Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid al-Shariah yang
berlangsung selama dua hari itu membabitkan pembentangan kertas kerja
mengenai kepentingan prinsipnya dalam menangani permasalahan baru yang
dihadapi umat Islam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas satu daripada lima prinsip
Maqasid al-Shariah iaitu tanggungjawab untuk melindungi keturunan selain
agama, nyawa, akal dan harta.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12 Ulang tahun Ke-73 AKHBAR Utusan
NASIR Ali (lima kiri) bersama Aziz
Ishak (empat kiri), Baharom Mahusin (enam kiri) dan Kamsari Nor memotong
pulut kuning pada majlis sambutan ulang tahun ke-73 Utusan Melayu (M)
Berhad di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
*****
UTUSAN Melayu (M) Berhad meraikan ulang tahun akhbar Utusan yang
ke-73 dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan
Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.
Sambutan bagi menyambut akhbar yang diterbitkan pada 29 Mei 1939 itu
dihadiri kira-kira 100 kakitangan Utusan Melayu dan dimulakan dengan
majlis tahlil serta doa kesyukuran, upacara memotong pulut kuning dan
nyanyian Suara Keramat, lagu syarikat Utusan Melayu yang ditubuhkan
setahun sebelumnya iaitu pada 18 Jun 1938.
Sambutan diserikan dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Kumpulan
Utusan, Datuk Nasir Ali yang berharap Utusan Malaysia terus kekal
sebagai wadah perjuangan orang Melayu.
Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak;
Penolong Ketua Pengarang 2, Ahmad Abdul Hamid; Pengarang Kosmo!, Baharom
Mahusin; Pengurus Jabatan Pengarang, Syed Agil Syed Jaafar dan Yang
Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Nor.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan
KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama
kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya,
Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.
Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit
pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu
merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam
tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.
Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar
untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu
atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis
selepas tempoh tersebut.
Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu
diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
Menteri Kewangan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
PRU-13 larang kempen karikatur
JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan
parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13
dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur
individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana
bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya
tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai
digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a)
Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk
menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama
itu.
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh
benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang
memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara
seperti itu, SPR tidak akan benarkan.
"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang
melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas
taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis terhadap Nizar
JOHOR BAHARU 30 Mei - Pemuda UMNO Pulai dan beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang
dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan
kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah
menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya
pada sidang akhbar malam tadi. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 1- 30 JUN
PUTRAJAYA 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan
Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 mulai bulan depan bagi
membolehkan 12,658,803 pemilih yang mendaftar sehingga 31 Dis 2011
membuat semakan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kempen bermula
1 hingga 30 Jun itu bertujuan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya
pemilih menyemak status masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum (PRU)
Ke-13.
"Kempen itu akan memberi lebih banyak ruang kepada pemilih membuat
semakan dan mengemaskini maklumat pendaftaran masing-masing jika
terdapat sebarang kesilapan dan ketidaktepatan," katanya dalam kenyataan
di sini hari ini. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
30 Mei 2012
Malaysia ekonomi ke-14 paling kompetitif di dunia
KUALA LUMPUR: Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf
global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling
kompetitif di dunia, mengatasi beberapa negara maju.
Menurut Institute for Management Development(IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Malaysia memperoleh markah tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun.
"Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lalu," menurut IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara dunia menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kemajuan.
Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).
Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.
Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.
Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.
Menurut IMD, rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan, berkata penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi.
"Langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.
Mustapa berkata, daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.
Kaji selidik IMD itu menilai negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.
Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan iaitu kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lalu, dan kategori kecekapan kerajaan iaitu ke-13 daripada ke-17.
Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial.
Dalam kategori prestasi ekonomi, walaupun Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam 10 rangking utama, namun ia jatuh tiga mata daripada tangga ketujuh tahun lalu.
Ini disebabkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan kebimbangan akan peningkatan harga.
Dalam kategori prasarana, rangking Malaysia naik sedikit ke kedudukan ke-26 daripada 27.
Bahagian yang diberi perhatian ialah kesihatan dan alam sekitar, pendidikan dan prasarana saintifik.
"Kami menyedari bahawa terdapat bahagian di mana kami masih boleh menambah baik daya saing kami.
"Perhatian khusus akan diberi bagi menangani bahagian kebimbangan ini. Objektif keseluruhan kami masih sama: untuk mencapai rangking 10 terbaik dalam tempoh terdekat ini," katanya. - BERNAMA.
Menurut Institute for Management Development(IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Malaysia memperoleh markah tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun.
"Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lalu," menurut IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara dunia menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kemajuan.
Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).
Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.
Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.
Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.
Menurut IMD, rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan, berkata penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi.
"Langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.
Mustapa berkata, daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.
Kaji selidik IMD itu menilai negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.
Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan iaitu kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lalu, dan kategori kecekapan kerajaan iaitu ke-13 daripada ke-17.
Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial.
Dalam kategori prestasi ekonomi, walaupun Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam 10 rangking utama, namun ia jatuh tiga mata daripada tangga ketujuh tahun lalu.
Ini disebabkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan kebimbangan akan peningkatan harga.
Dalam kategori prasarana, rangking Malaysia naik sedikit ke kedudukan ke-26 daripada 27.
Bahagian yang diberi perhatian ialah kesihatan dan alam sekitar, pendidikan dan prasarana saintifik.
"Kami menyedari bahawa terdapat bahagian di mana kami masih boleh menambah baik daya saing kami.
"Perhatian khusus akan diberi bagi menangani bahagian kebimbangan ini. Objektif keseluruhan kami masih sama: untuk mencapai rangking 10 terbaik dalam tempoh terdekat ini," katanya. - BERNAMA.
/hwa: bharian.com.my | 30/5/12
Senator dari Amerika Syarikat
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keindahan Putrajaya
kepada John McCain (kiri) dan Joseph Liberman dalam lawatan dua Senator
dari Amerika Syarikat itu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto
BERNAMA
May 30, 2012 4:18 pm
May 30, 2012 4:18 pm
26th Asia-Pacific Roundtable
26th Asia-Pacific Roundtable : KUALA LUMPUR, May 28 -- Prime
Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (second from left) stressing a point
at the opening of the 26th Asia-Pacific Roundtable here today. Also
present are (from left) Malaysian Institute of Strategic and
International Studies (ISIS) Chairman, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan
(left); ASEAN Institutes of Strategic and International Studies
Chairperson and Permanent Secretary of the Prime Minister's Office,
Brunei Darulsalam, Datuk Paduka Awang Mohd Roselan Mohd Daud; and ISIS
Chief Executive, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin (right).-- fotoBERNAMA
(2012) COPYRIGHT RESERVED
Cara kepimpinan Nik Aziz melampau
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
menyifatkan pendekatan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat sebagai ‘melampau’.
Ini kerana, katanya, tindakan Nik Abdul Aziz menetapkan syarat untuk
bermuzakarah dengan UMNO dianggap seperti tidak mahu melihat perpaduan
antara umat Islam sedangkan ia merupakan tuntutan agama.
“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa
sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat
tetapi tidak dalam agama Islam.
“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan
antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat lembaga pengawalan dan perlesenan percetakan al-Quran, di sini
hari ini.
Harussani mengulas tindakan Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya
bermuzakarah dengan UMNO atas alasan mengikut pendirian Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu berbuat demikian.
Mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr.
Sulaiman Saloomi yang menyifatkan propaganda bahawa seseorang itu akan
masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan,
kebodohan dan kesesatan, Harussani berkata, soal syurga dan negara
adalah hak Allah SWT untuk menentukan siapa ahlinya.
Justeru, kata beliau, hanya mereka yang ‘jahil’ meskipun dianggap
ulama akan menghukum seseorang itu bakal masuk syurga atau neraka jika
tidak menyokong dan mengundi parti tertentu.
“Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa
seseorang antara kamu tidak akan dapat memasuki syurga Allah SWT hanya
kerana amalan kamu tetapi kamu boleh masuk syurga adalah kerana rahmat
Allah SWT.
“Jadi ia sudah jelas dan mengapa masih ada yang boleh berkata sokong parti itu dan ini boleh masuk syurga," katanya.
Harussani menambah, mereka yang menyokong kenyataan mengundi pihak
tertentu boleh membawa ke syurga juga boleh disifatkan jahil kerana
mempercayai perkara tersebut.
“Mengapa kita pandai-pandai menghukum sebelum tiba masanya apatah
lagi ia adalah hak Allah SWT. Kita hanya boleh mentafsir apa yang
diberitahu sahaja dan jangan mentafsirkan selain daripada itu,"
jelasnya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12
29 Mei 2012
Pas minta derma bina lebuh raya Kota Bharu
MACHANG 28 Mei - Kerajaan Pas Kelantan meminta
rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan
lebuh raya rakyat yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau
berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri
bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu.
Katanya, setiap derma yang dihulurkan bakal memberi manfaat yang besar di samping memperoleh ganjaran pahala.
"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000
dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita
selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala
Krai di sini hari ini.
Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di
negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya
berkenaan.
Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama
diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yang sangat baik.
Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai.
"Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.
Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang
bakal menghubungkan kedua-dua bandar itu dijangka menelan kos sebanyak
RM1.8 billion.
Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal
menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim
perayaan.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Janji palsu biasa bagi pembangkang
Awang Adek Hussin (tengah) bersama kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada majlis makan tengah hari di Kota Bharu, semalam.
*****
KOTA BHARU 28 Mei - UMNO Kelantan menyifatkan
tindakan kerajaan Pas Kelantan mengadakan majlis pecah tanah Lebuh Raya
Kota Bharu-Kuala Krai semata-mata untuk menarik sokongan rakyat
sedangkan realiti sebenar ia tidak mampu dilaksanakan.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, janji itu
tidak mungkin dilaksanakan kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi
dan tidak mampu ditanggung mana-mana kerajaan negeri.
Beliau berkata, setiap kali menjelang pilihan raya umum Pas akan
mengumumkan pelbagai projek mega tetapi selepas itu tidak dilaksanakan
serta dibiarkan begitu sahaja sebagaimana projek Jambatan
Palekbang-Kampung Cina.
"Janji palsu ini terlalu biasa bagi mereka (pemimpin Pas), mainan
mulut mereka, saya harap rakyat Kelantan tidak termakan dengan
janji-janji itu, setiap kali pilihan raya setiap kali janji ditabur,
kita harap rakyat Kelantan serik dengan janji-janji ini.
"Soal tidak buat selepas pilihan raya, biasa bagi Pas, itu amalan
mereka, berjanji dan tidak melaksanakan, jadi saya rasa rakyat Kelantan
tidak perlu percaya dengan perkara seperti ini kerana sudah banyak kali
rakyat Kelantan diperdaya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
pertemuan dengan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini
hari ini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kelantan mengadakan Majlis
Pecah Tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Felcra Berangan Mek Nab,
Machang, di sini hari ini.
Kerajaan Pas Kelantan mendedahkan lebuh raya sepanjang 73 kilometer
itu melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion dan ia akan dilaksanakan dengan
konsep menderma.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, majlis pecah
tanah itu hanya bertujuan memainkan sentimen rakyat negeri itu dan
kemudiannya menyalahkan Kerajaan Pusat dengan membuat pelbagai dakwaan
sekiranya ia tidak berjaya dilaksanakan.
"Pemimpin Pas memainkan sentimen supaya rakyat marah kepada Barisan
Nasional (BN), ini semua perkiraan politik, mana yang boleh mendapat
kepentingan politik, esok mereka akan marah Kerajaan Pusat kerana tidak
dapat buat lebuh raya dengan memberi alasan tidak mendapat wang royalti
minyak.
"Saya hairan, kalau rakyat Kelantan mahukan semua ini, mereka harus
yakin dengan BN yang telah membuktikannya, kalau rakyat Kelantan mahukan
ini semua beri mandat kepada BN untuk laksanakannya," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12
Saya 'dipaksa' keluar DAP - Tunku Abdul Aziz
KUALA LUMPUR 28 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP,
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah 'dipaksa' meletak jawatan dalam
parti tersebut kerana memberi pandangan berhubung Bersih 3.0 yang
bertentangan dengan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang.
Menurutnya, sejurus sahaja membuat kenyataan tersebut, beliau
menerima kunjungan mengejut daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang
sebanyak dua kali yang membawa khabar jawatan senatornya mungkin tidak
akan diperbaharui.
"Kata Kit Siang, pandangan telus saya telah menyusahkan keseluruhan
kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang sehingga sukar untuk mereka
membuat keputusan menyambung jawatan senator saya.
"Secara tidak langsung beliau sedang menyatakan saya sudah tidak lagi
diperlukan dalam parti dan adalah lebih baik saya keluar dengan cara
bermaruah," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri
Damansara di sini hari ini.
Tunku Aziz turut mengutuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti kerana
kenyataan Bersih 3.0 hanyalah separuh benar.
"Benarkah saya tidak dihukum kerana kenyataan saya? DAP sebenarnya
telah memanipulasi pendirian dan kenyataan saya sebagai alasan untuk
menyingkirkan saya," ujarnya.
Tegasnya, tujuan sebenar beliau menyertai DAP adalah kerana mendapat
jemputan daripada Kit Siang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Saya bukan bersama DAP untuk menyertai sebarang demonstrasi jalanan
yang melanggar undang-undang," tegasnya yang menyertai DAP pada 2008.
Tunku Aziz turut membidas sikap angkuh Guan Eng yang mempergunakan
setiausaha politiknya, Zairil Khir Johari yang bertindak sebagai orang
tengah untuk 'merasuahnya' agar kekal bersama DAP.
"Biadab sungguh dia mengarahkan seorang 'budak' untuk menyampaikan
mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus
kekal di bawah pimpinan DAP," tegasnya.
Sementara itu, Tunku Aziz yang mengumumkan keluar daripada DAP pada
28 April lalu berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk tidak
menyertai mana-mana parti politik pada masa depan.
"Sebelum ini sudah dua kali saya cuba untuk meletak jawatan tetapi
apabila dipujuk dan memikirkan semangat setiakawan, saya menarik kembali
hasrat tersebut tetapi kali ini keputusan saya sudah muktamad,"
jelasnya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12
'Jangan pertaruh nasib negara'
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan KASTHURI JEEVANDRAN
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
bercakap di hadapan sekumpulan wartawan semasa mengadakan sidang media
khas berhubung isu berbangkit terhadap beliau di kediamannya di Bandar
Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam.
*****
KUALA LUMPUR 28 Mei - Mentadbir sebuah negara
pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau
kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu
meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.
Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa
depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan
membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak
menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat
rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang
bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi
bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk
Kabinet bayangan.
Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini,
pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian
tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka
berjaya menawan Putrajaya.
"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah
siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri.
Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan DAP, apa akan jadi kepada negara?
"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu
tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu.
Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.
"Tapi semua parti akan mendakwa mereka layak dan kalau begitu (dalam
kes pembangkang) tunjukkan dulu Kabinet bayangan bagi memberi keyakinan
kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri
Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan terbuka Pengerusi DAP,
Karpal Singh yang mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul
Aziz berkata, pengisian jawatan pemimpin nombor satu negara perlu
dibuat mengikut konvensyen dan amalan sedia ada.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan Melayu sebagai
Perdana Menteri tetapi katanya, jawatan tersebut seharusnya kekal diisi
orang Melayu kerana jawatan itu merupakan 'menteri pertama' kepada Yang
di-Pertuan Agong.
"Yang di-Pertuan Agong Islam dan selaku 'menteri pertama' kepada
beliau sudah tentu Seri Paduka mahu Perdana Menteri berada bersama dalam
majlis keagamaan Islam tetapi bagaimana kalau Perdana Menteri bukan
Melayu, ini realiti yang perlu diakui," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12
Himpunan Jutaan Belia 2012
Himpunan Jutaan Belia : PUTRAJAYA, 26 May -- Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima memorandum daripada Presiden Majlis
Melia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sambil disaksikan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri-menteri kabinet pada
majlis perasmian Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara di
Putrajaya di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
"Invest Malaysia 2012"
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Eksekutif
Pricewaterhouse-Cooper Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan menjawab soalan
pada sesi soal jawab pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di Kuala
Lumpur, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
May 29, 2012 11:54 am
May 29, 2012 11:54 am
Seruan Dr. Sulaiman dan politik Pas
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
Pemimpin dan penyokong Pas perlu
bermuhasabah untuk menilai apakah tindak-tanduk mereka dalam berpolitik
bersesuaian dengan seruan Islam.
*****
MUNGKIN pemimpin dan penyokong Pas tidak akan
senang dengan pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh
Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa yang menyatakan undi sesebuah
parti itu akan masuk syurga adalah suatu kejahilan, kebodohan,
kesesatan serta tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang berakal,
lebih-lebih lagi daripada seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah
dalam setiap percakapan dan perbuatannya.
Selain itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia juga,
Sheikh Dr. Sulaiman turut mengingatkan kaedah kafir mengkafir yang
digunakan oleh seseorang orang Islam dan sesetengah ahli parti politik
adalah tidak dibenarkan.
Bahkan beliau turut mengingatkan bahawa seorang Muslim tidak
dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa
juga keadaan sekali pun untuk menentang saudara seIslamnya.
Walaupun dalam wawancara itu beliau tidak menyebut mana-mana parti
politik di negara ini, namun bagi penulis tidak salah jika kita merujuk
apa yang diperkatakan itu berkait rapat dengan amalan politik Pas.
Mungkin seperti biasa pandangan daripada tokoh-tokoh ulama di luar
lingkungan Pas tidak akan dipedulikan oleh penyokong tegar mereka,
maklumlah parti itu sudah ada Dewan Ulama dan mursyidul amnya.
Namun begitu mereka juga perlu faham bahawa Sheikh Dr. Sulaiman tidak
mempunyai apa-apa kepentingan politik. Beliau melahirkan pandangan
tersebut sebagai seorang ulama yang merujuk kepada al-Quran dan hadis.
Oleh itu, pemimpin dan penyokong Pas janganlahterlalujumud untuk
menolak pandangan ulama di luar lingkungan parti mereka semata-mata
kerana ketaksuban kepada politik.
Hakikatnya, sebahagian umat Islam sudah bosan dengan mainan politik
Pas yang dilihat tidak sudah-sudah memperalatkan cogan kata, slogan dan
seruan berbentuk keislaman untuk meraih undi.
Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu
akan mengamalkan sikap mengakui antara yang hak dan batil. Jika sesuatu
teguran yang dibuat oleh mana-mana ulama berkaitan dengan tindakan
politik mereka adalah benar maka akui sahaja.
Tetapi malangnya keadaan sering berlaku sebaliknya, malahan masih
jelas di ingatan kita bagaimana Pas menolak dan mempertikaikan keputusan
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi mempertahankan tindakan politik
songsang mereka, justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan jika
kenyataan Sheikh Dr. Sulaiman turut akan ditolak oleh Pas.
Sikap politik sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang merasakan
hanya ulama mereka sahaja berhak menegur parti itu akan merugikan umat
Islam.
Namun dalam masa sama oleh kerana kejumudan dalam berpolitik, biar
pun teguran dibuat oleh ulama Pas sekali pun kalau ia dilihat tidak
menguntungkan politik parti itu, maka ia akan ditolak bulat-bulat.
Masih ingatkah kita peristiwa Dewan Ulama Pas memberikan kata dua
kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
sama ada menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi
keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal atau menyaman majalah itu.
Ketika itu Anwar dilihat seolah-olah tidak mempedulikan Dewan Ulama
sebaliknya bertemu memberikan penjelasan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Selepas itu isu berkenaan diam begitu sahaja.
Begitu juga dalam isu muzakarah apabila, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr.
Harun Taib menegaskan ia perlu diadakan tanpa syarat, adakah ia
didengari oleh kepimpinan Pas biar pun ia bertepatan dengan kehendak
Islam?
Sudah pasti tidak sebaliknya, Pas menolak mentah-mentah usaha itu
biar pun ia idea asal mereka dengan alasan isu tersebut sudah
dimanipulasikan.
Biarpun dari semasa ke semasa banyak tindakan politik Pas
bertentangan dengan seruan Islam dan telah pun mengubah haluan
perjuangannya dari negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas
tetap menganggap mereka parti Islam.
Sebab itulah, Pas lebih cenderung untuk menuduh UMNO menolak Islam
dengan matlamat bagi membuktikan merekalah perjuang Islam sebenar.
Tetapi dalam masa yang sama banyak tindakan Pas boleh menjejaskan
imej Islam, ini termasuklah bersekongkol dengan mereka yang menyokong
pluralisme dan seks songsang.
Walaupun pemimpin Pas memahami bahawa mereka tidak sepatutnya berbuat
demikian tetapi parti itu sudah tidak ada pilihan kerana terikat dengan
perjanjian politik merebut kekuasaan dengan PKR dan DAP.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap kemaruk Pas untuk menagih
undi daripada bukan Melayu, oleh itu Pas cuba tidak begitu menunjukkan
keghairahan mereka bagi memperjuangkan Islam.
Keadaan ini sudah tentulah mengelirukan umat Islam kerana mereka tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pas.
Atas sebab itulah, wawancara dengan Sheikh Dr. Sulaiman harus
diteliti dan dinilai dengan sebaik-baiknya oleh Pas jika benar mereka
mengaku pejuang Islam.
Apa yang dihujah dan dinyatakan oleh ulama tersebut adalah demi
kebaikan umat Islam di negara ini yang semakin berpecah-belah kerana
perbezaan ideologi politik.
Sebab itulah Sheikh Dr. Sulaiman menekankan bahawa perkara utama yang
perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah masalah perpecahan supaya umat
Islam menjadi umat yang bersatu.
Tetapi impian itu tidak akan tercapai di negara ini jika Pas terus
memikirkan kepentingan politik semata-mata dan terus berpegang kepada
pendirian bahawa UMNO menolak Islam.
Walaupun dakwaan terhadap UMNO itu dibuat secara konsisten oleh
seorang sahaja pemimpin Pas namun beliau mempunyai pengaruh yang cukup
besar dalam parti berkenaan.
Lebih malang lagi, Pas bersedia bekerjasama dengan PKR yang
memperjuangkan kesamarataan dan DAP yang menolak penubuhan negara Islam
semata-mata kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
tonggak utama ialah UMNO - iaitu parti Melayu dan umat Islam terbesar
di negara ini. Kalau beginilah sikap Pas yang sanggup melakukan apa
sahaja demi meraih kuasa, bagaimana mungkin umat Islam di negara ini
akan bersatu padu dan bertambah kukuh.
Sekarang bukanlah masa untuk menuding jari menuduh siapa yang
bertanggungjawab memecah belah ummah, kalau hujah ini mahu diperdebatkan
sudah pasti Pas akan kalah. Ia kerana apa yang dicatatkan dalam
perjalanan sejarah politik negara tidak akan mampu dipadamkan oleh Pas.
Pemimpin dan penyokong Pas boleh sahaja membutakan mata dan
memekakkan telinga terhadap apa yang disarankan oleh Sheikh Dr.
Sulaiman. Namun mereka perlu memahami bahawa pendekatan politik yang
diamalkan oleh parti itu sekarang sama sekali tidak akan menguntungkan
Pas.
Mungkin Pas perlu merenung ingatan Sheikh Dr.Sulaiman,''Apa yang
dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih
mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah
politik umat Islam yang sebenar.''
Soalnya apakah sikap ini ada pada Pas yang memukul canang mengatakan mereka masih parti Islam? Fikirkanlah!
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Cuma gimik politik Pas
Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 27 Mei - Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu membina lebuh raya sendiri kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan realiti semasa, cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai.
Beliau sebaliknya menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan untuk
mengadakan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
yang melibatkan kos hampir RM2 bilion di Felcra Mek Nab, Machang esok
hanya sebagai gimik politik.
"Pas akan mengadakan majlis pecah tanah projek berkenaan esok, namun
tindakan tersebut hanyalah satu gimik mereka, terutama menjelang Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti.
"Pas juga meminta dana daripada rakyat negeri ini untuk bersama
membantu mereka merealisasikan impian berkenaan. Mengumpul dana daripada
rakyat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu dapat jumlah tersebut,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis
Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di Jabatan Pembangunan
Persekutuan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Pengerusi MTPNK berkata,
kerajaan terus giat melaksanakan beberapa projek yang telah dijanjikan
kepada rakyat negeri ini.
Menurutnya, antara projek itu termasuklah pembinaan jambatan yang
menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Manik Urai Baru di Kuala Krai
yang dijangka siap November ini.
Katanya, selain itu, pembinaan 1,000 rumah mampu milik di kawasan
Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang seperti yang telah dijanjikan
turut melalui perkembangan yang positif di mana ia akan siap sepenuhnya
pada tahun depan.
"Pelaksanaan setiap projek tersebut jelas membuktikan kerajaan telah
menepati janji kepada rakyat, cuma kadang-kadang ia berlaku sedikit
kelewatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya.
Tambahnya, kerajaan turut prihatin dalam membantu masyarakat miskin
di sini dengan memperuntukkan RM11.7 juta untuk membina dan membaiki
2,911 buah rumah tahun ini.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
‘Bukti DAP parti rasis’
KUALA LUMPUR 27 Mei - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan
palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri
bakal dilantik daripada kalangan orang bukan Melayu.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, permainan politik
DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan
juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.
“Sebelum itu saya mahu DAP jawab, jika pakatan pembangkang menang
adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri
Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri
Pertahanan dan Menteri Kewangan?
“Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya
untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara itu tidak mampu
dicapai,"katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis
Makan Tengahari bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran
MCA Wangsa Maju di sini hari ini.
Tegas beliau, DAP yang 99 peratusnya terdiri orang Cina dilihat semakin berubah kerana terlalu gilakan kuasa.
“Sebab itu mereka terpaksa menanggung malu kerana terpaksa berbaik dengan Pas hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.
“DAP juga menganggap orang Cina tidak ada pilihan selain mengundi
mereka sedangkan, mereka lupa MCA telah lama terbukti berjaya memajukan
negara dengan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi,"
katanya.
Sementara itu, Soi Lek turut menyifatkan parti-parti dalam pembangkang sekarang tidak lagi demokratik berbanding BN.
“Lihat DAP yang Lim Kit Siang memegang jawatan penasihat dan anaknya,
Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agung yang tidak perlu bertanding
untuk mendapat jawatan itu, ia samalah seperti jawatan Presiden dan
Mursyidul Am dalam Pas.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) paling hebat, mesyuarat tertinggi parti
boleh diadakan di dalam rumah sahaja sebab parti itu diketuai oleh
keluarga dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Dr.
Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya pula Naib Presiden,
Nurul Izzah," katanya sinis.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Undi parti masuk syurga fatwa sesat
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil
Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda
yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti
tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul
Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang
berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi
Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang
dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah
bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah
ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang
telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada
dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau
menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.
''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak
wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para
sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti
tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah
sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang
dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.
Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul
di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi,
Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa :
''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua
agama.''
''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di
sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding
dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru
supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama
dalam satu mazhab.
''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.
Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta
menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah
jalan kedamaian.
''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini)
adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan
membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad
SAW.
''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang
jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat
Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.
Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir
mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik
untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika
digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan
Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam
maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah
disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada
saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''
''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik
sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,''
jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan
untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua
keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.
Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan
Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam
itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh
mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Himpunan Jutaan Belia 2012 catat kehadiran 2.4 juta
Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 28 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 selama lima hari
bermula 23 Mei hingga semalam berjaya mencatatkan kehadiran 2.4 juta
orang berbanding sasaran awalnya dua juta.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabri Cheek yang
mengumumkannya di sini hari ini berkata, jumlah itu tidak melibatkan
penyertaan belia dalam aktiviti yang diadakan jauh daripada Persiaran
Perdana yang menjadi pusat sambutan himpunan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Pembangkang belum layak tadbir negara-Tunku Abdul Aziz
KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang
berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam
mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,
berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks,
rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang
memerintah.
Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut
dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
Kisah kejayaan FRI Tg. Demong
Ahamad Sabki Mahmood memberi makan
anak ikan kerapu hidrid di Pusat Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin
(FRI) Tanjung Demong, Jabatan Perikanan, Besut, Terengganu baru-baru ini
sambil diperhatikan loleh Pegawai Penyelidik, Jabatan Perikanan, Sufian
Mustafa.
*****
Pusat Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong ,
Jabatan Perikanan merupakan antara pusat seumpamanya yang dimiliki oleh
jabatan tersebut,
Pada tahun 1988, (FRI) di Tanjung Demong memulakan inisiatif
pembenihan ikan kerapu setelah berjaya mengeluarkan benih ikan siakap.
Dua tahun kemudian, institut berkenaan berjaya mengeluarkan benih kerapu hijau dan dikenali di seluruh negara.
Bagaimana pun teknologi tersebut tidak berjaya dikembangkan kepada
pihak industri ekoran terdapat beberapa kerumitan dari segi teknikal
yang berkaitan ciri-ciri biologi spesies tersebut.
Antara permasalahan yang dikenalpasti ketika itu adalah nisbah
jantina yang tidak seimbang (kekurangan induk jantan yang ketara), kadar
hidup yang rendah di peringkat pembenihan dan ternakan akibat pelbagai
masalah penyakit yang sukar dikenal pasti dan dirawat
Pada tahun 1994, pusat berkenaan telah mengambil inisiatif
memperkenalkan spesies baru iaitu kerapu harimau dan setahun kemudian
berjaya mengeluarkan benih kerapu tersebut secara besar-besaran.
Malah, teknologi pembenihan kerapu harimau turut dikembangkan di
kalangan pengusaha tempatan biarpun agak perlahan berbanding di
Indonesia kerana kekangan bekalan induk yang hanya boleh diperolehi di
Sabah.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) pembenihan kerapu di
FRI tersebut terhenti. Namun ia dibangunkan semula pada tahun 2004 untuk
membiak kerapu kertang.
Pihak FRI Tanjung Demong turut mengalami masalah kerana kerapu
kertang agak sukar dibiakkan berikutan tahap kematangan induk-induk
betina yang dipelihara di pusat pembenihan tidak mencapai tahap optimum
untuk tujuan aruhan pengeluaran telur.
Bagi induk jantan pula, biarpun telah berada pada tahap optimum, bilangannya yang rendah menyukarkan proses pembiakan.
Namun kejayaan sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah
(UMS) menghasilkan benih kerapu hibrid telah mendorong FRI Tanjung
Demong mengambil inisiatif untuk turut menghasilkan kerapu hibrid
menggunakan stok induk kerapu kertang dan kerapu harimau yang sedia ada.
Justeru, mulai pada tahun 2009, melalui kerjasama R&D antara FRI
Tanjung Demong dan Seraya Akuatik Sdn. Bhd., teknologi pembenihan kerapu
hibrid berjaya dibangunkan secara besar-besaran.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12
28 Mei 2012
Makan Tengah Hari bersama PM
Majlis Makan Tengah Hari : SERDANG, 28 Mei -- Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat yang hadir pada majlis makan tengahari di Rumah
Sejahtera dekat ini hari ini, kelihatan ceria bersama warga emas Ipang
anak Bintan, 70. Ipang adalah antara 1,500 warga emas dari pusat jagaan
warga emas seluruh Selangor and Kuala Lumpur berkumpul untuk makan
tengahari dan beramah mesra serta bertemu dengan lebih dekat dengan
Perdana Menteri hari ini.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
Kos daftar syarikat turun RM50
Oleh Zanariah Abd Mutalib
NAJIB bersama Rosmah mencuba membuat teh
tarik selepas Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil
1Malaysia di Dataran Merdeka, malam tadi.
*****
KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan penurunan kadar
bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan
perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.
Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.
Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.
Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150
bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan
perkongsian.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun
pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50
peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini.
Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
"Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.
"Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.
Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
"Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya.
Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
"Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.
"Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.
Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
"Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya.
/hwa: bharian.com.my | 28/5/12
Obama diperangkap gay Yahudi
Oleh Ku Seman Ku Hussain
OBAMA terpaksa bergantung kepada dana Yahudi dan kalangan gay untuk kelangsungan politiknya.
*****
BENARKAH Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tersilap
strategi menyokong perkahwinan sejenis untuk memancing undi gay dan
lesbian? Sejauh manakah kedua-dua golongan ini boleh menyumbang kepada
kemenangan Obama dalam pilihan raya September depan?
Sokongan terbuka Obama itu mencetuskan kontroversi dan banyak yang
menentang perkahwinan sejenis dijangka akan menolak Obama. Budaya
songsang perkahwinan sejenis ini memang dianggap biasa dengan menularnya
golongan gay dan lesbian. Tetapi apakah benar Obama melihat potensi
undi daripada gay dan lesbian untuk menewaskan pencabarnya Mitt Romney?
Banyak reaksi yang menentang sokongan Obama itu memperlihatkan
masyarakat membantah perkahwinan sejenis walaupun enam negeri di AS
membenarkan. Dalam masyarakat yang dilihat bobrok dengan nilai songsang
ini, tetap ada ramai yang waras dan memilih institusi keluarga yang
normal sebagai institusi.
Sebenarnya di sebalik sokongan Obama terhadap perkahwinan sejenis,
ada permainan politik lain yang menjadi pendorongnya iaitu pembiaya dana
politik. Mereka inilah yang menentukan hala tuju politik Obama. Ini
kerana antara pembiaya dana politik Obama adalah gay dan sokongan
kewangan mereka cukup besar. Obama memerlukan dana yang besar itu untuk
berkempen hingga September depan.
Kerana itu menyokong perkahwinan sejenis adalah agenda politik untuk
golongan pembiaya dana yang terdiri daripada gay dan lesbian. Obama
tentu tahu kesan di sebalik sokongan seorang Presiden AS terhadap
perkahwinan sejenis. Tambahan pula belum pernah dibuat Presiden sebelum
ini. Ini menunjukkan kuasa wang mengatasi kuasa politik dan wang
menentukan agenda politik. Obama bukan tersilap langkah tetapi terpaksa
kerana dia memerlukan dana yang besar untuk tujuan politiknya. Ini
ditambah pula dengan Wall Street sudah tidak membiaya Obama seperti
pilihan raya Presiden 2008.
“Gay adalah pembiaya Presiden selepas ini," demikian ulas Rahm
Emanuel yang sekarang bertindak mencari dana untuk Obama. Pada sudut
lain sokongan Obama itu sebagai mengiktirafkan Jerusalem, ibu kota
Israel yang menjadi pangkalan dana Yahudi untuk Obama.
Difahamkan lebih 20 peratus pembiaya, pekerja sukarela dan pencari
dana Obama adalah gay dan sebahagian besar daripada mereka adalah
aktivis gay.
Sengit
Pembiaya Yahudi inilah yang memaksa Obama menggunakan pengaruhnya
untuk menghalalkan perkahwinan sejenis. Obama terpaksa melakukan kerana
kelangsungan politik walaupun dia tahu risikonya sangat besar. Kerana
itulah belum ada Presiden AS yang sanggup berbuat demikian tetapi Obama
terpaksa melakukannya.
Obama dari Demokrat dan Romney dari Republikan memperlihatkan
persaingan sengit dalam beberapa pengundian yang diadakan. Salah satu
faktor yang menggugat Obama ialah sokongannya terhadap perkahwinan
sejenis. Kalangan sosiologis menganggap sokongan terhadap perkahwinan
sejenis adalah satu perang budaya yang sama dengan isu pengguguran
sebelum ini.
Perkahwinan sejenis suatu yang berkait rapat dengan sosiobudaya.
Kemudian ditambah pula dengan tuntutan hak asasi manusia sebagai
individu yang mengenepikan hak asasi manusia dalam masyarakat. Obama
tidak melihat isu perkahwinan sejenis sebagai perang budaya, sebaliknya
hanya melihat keuntungan politik apabila pembiaya gay dan lesbian
menyalurkan dana kepada kerjaya politiknya. Inilah pertama kali dalam
sejarah kempen pilihan raya Presiden isu perkahwinan sejenis berjaya
mengalih tumpuan daripada isu ekonomi dan pengangguran.
Sebelum Obama tampil dengan sokongan padu kepada perkahwinan sejenis,
isu yang dibahaskan ialah pelan pemulihan ekonomi dan pengurangan kadar
pengangguran. Pelan Romney mengikut beberapa kaji selidik lebih berjaya
berbanding Obama. Tetapi isu ekonomi ditenggelamkan oleh isu
perkahwinan sejenis yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.
Sokongan Obama kepada perkahwinan sejenis ini juga telah mengalih
sokongan majoriti pengundi Islam dan juga bukan Islam yang menentang
gaya hidup itu.
Maknanya walaupun secara rambang gaya hidup di AS memungkinkan
rakyatnya menerima perkahwinan sejenis tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Dalam satu temu bual semasa kempen pilihan raya 1996, Obama
menegaskan, “Saya menyokong perkahwinan sejenis dihalalkan." Tetapi pada
kempen pilihan raya Presiden 2008, Obama berkata pula, “Saya percaya
perkahwinan adalah kesatuan antara lelaki dan wanita. Bagi saya sebagai
Kristian, ini adalah kesatuan yang keramat." Tetapi pada 9 Mei lalu,
dalam temu bual dengan sebuah saluran televisyen, Obama menyatakan
sokongan terbuka kepada perkahwinan sejenis, dan tidak berdolak dalik
seperti sebelum ini.
Golongan gay dan lesbian menyokong Obama tetapi yang lain berbelah
bagi antara Obama dan Romney. Majoriti rakyat melihat sokongan Presiden
AS itu sebagai menentang institusi keluarga yang dibina atas perkahwinan
yang normal. Dalam beberapa kaji selidik, Obama tidak mendapat
keuntungan politik daripada sokongannya terhadap perkahwinan sejenis.
Malah sokongan itu beralih kepada Romney yang menentang budaya songsang
itu.
Obama tidak belajar dari banyak Presiden AS yang sebelum ini. Belum
ada Presiden AS yang secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis
walaupun isu ini dibangkitkan sejak tahun 1970-an lagi. Gerakan lesbian
gay biseksual dan transgender (LGBT) secara umumnya ditentang di
mana-mana termasuk negara yang sekular seperti AS. Perhitungan Obama
menyenangkan hati pembiaya adalah kesilapan.
Obama sebenarnya sangat mengecewakan rakyat AS dan juga dunia.
Sebagai Presiden AS pertama daripada kulit hitam, Obama dalam kempennya
pada 2008 menawarkan pembaharuan politik AS dan hubungan antarabangsa.
Janjinya untuk menghormati Islam dan dunia Islam semasa berucap di
Universiti Kaherah juga tidak ditunaikan. Obama tidak mengambil sebarang
usaha menyelesaikan krisis Asia Barat khususnya Palestin - Israel.
Sebabnya dia mempunyai pembiaya kalangan Yahudi termasuk lesbian dan
gay. Sebaliknya mengugut hendak menyerang Iran, satu-satunya negara
Islam yang lantang mengkritik AS selepas kejatuhan Muammar Ghadafi di
Libya.
Maka apabila Obama secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis,
sementara lawannya bukan sahaja menentang malah mengemukakan pelan
pemulihan ekonomi dan pendekatan mengatasi pengangguran, Obama
tertinggal di belakang. Penolakan rakyat terhadap perkahwinan sejenis
dan pelan pemulihan ekonomi Obama yang tidak memikat ditunjukkan dalam
beberapa undi dan kaji selidik sebelum ini.
Obama mempunyai masa lima bulan sahaja lagi untuk menjual janji dan
memenangi hati rakyat. Ketika setiap undi itu sangat berharga maka tidak
hairanlah kalau orang politik hanya memikirkan bagaimana untuk menang.
Mereka sanggup melutut kepada rakyat dan banyak lagi perbuatan tidak
cerdik asalkan menang dalam pilihan raya.
/hwa: utusan.com.my | 27/5/12
Langgan:
Catatan (Atom)