AWANG tertarik dengan tindakan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk
Mohd. Yusof Zainal Abiden menyertai pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam kes perbicaraan berkaitan Bersih 3.0. Bukan apa, ini
kerana sebelum ini Mohd. Yusof mengetuai pendakwaan kes liwat terhadap
Anwar, yang kini anak guamnya.
Benar, tiada salah silapnya bagi Mohd. Yusof kini menjadi peguam bela
Anwar tetapi resipinya cukup untuk menjadi sebuah berita menarik.
Namun, Awang tidaklah terkejut dengan perkembangan itu. Sebelum
inipun, beberapa artis tiba-tiba berkongsi pentas dengan pemimpin
pembangkang. Itu juga hak mereka untuk berbuat demikian. Cuma, bagi
Awang, sekali lagi ia mempunyai nilai berita yang tersendiri.
Bagi Awang, pengakuan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
bahawa beliau pernah dipelawa untuk menyertai sebuah parti politik
pembangkang ketika masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, juga
mempunyai nilai berita tersendiri.
Berdasarkan pengalaman Musa itu, ia lebih mengungkapkan betapa parti
pembangkang tertentu berusaha memancing para pegawai kanan kerajaan dan
agensi penguat kuasa untuk bersama-sama mereka.
Walaupun itu juga hak mereka untuk berbuat demikian, namun bagi Awang
ia penuh dengan percaturan politik yang tiada batas penghormatan kepada
sebuah institusi penguat kuasa.
Mungkin, dengan cara membawa personaliti tertentu menyertai parti
mereka, ia menjanjikan jalan pintas untuk menarik sokongan ramai dan
populariti. Ia mungkin strategi bijak ketika mereka terlalu bimbang
ketandusan sokongan.
Awang - Sekadar renungan.
/hwa: utusan.com.my | 23/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan