PELAJAR kita raih emas di Romania - Pelajar Tingkatan Empat Kolej Tunku
Kurshiah di Seremban, Siti Norsarah Suhaimi menunjukkan model hos air
automatik dinamakan AQUERACT yang meraih Anugerah Emas dan Anugerah Khas
daripada Korea Invention Association bagi kategori keseluruhan dalam
pertandingan reka cipta dan inovasi yang diadakan di Iasi, Romania,
baru-baru ini. AQUERACT direka dengan fungsi automatik yang memastikan
hos air sentiasa berada dalam keadaan bergulung di dinding selain
mempunyai fungsi penyemburan pembasmi kuman secara automatik selepas
penggunaannya. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari
ini. - Foto BERNAMA
May 24, 2012 2:40 am
May 24, 2012 2:40 am

Tiada ulasan:
Catat Ulasan