NAJIB Tun Razak berkata sesuatu
kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum
mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di bangunan
Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
*****
KUALA LUMPUR 26 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak
mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir yang baru, Mohammed Morsi
berikutan kejayaan beliau dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
Perdana Menteri, dalam perutusan tahniahnya, berkata kejayaan Morsi
adalah bukti jelas tentang keyakinan rakyat Mesir terhadap kepimpinan
dan wawasan politiknya, menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan
di sini hari ini.
"Malaysia menyambut baik proses transformasi ke arah demokrasi yang
sedang mengambil tempat di Mesir dan berharap dapat bekerjasama rapat
dengan Morsi untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin
antara kedua-dua negara," kata Najib.
Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lepas
setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7
peratus undi.
Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 27/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan